Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ra.mi] | جرامي

Definisi : 1. batang padi yg sudah kering yg padi­nya sudah dituai; 2. urat yg terdapat di celah-celah isi nangka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ra.mi] | جرامي

Definisi : 1 batang padi yg sudah kering. 2 serat yg terdapat di celah-celah isi nangka dsb. 3 rumput (atau tumbuh-tumbuhan tertentu) yg dikeringkan utk makanan binatang ternakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerami

Puisi
 

Putih jerami tanah lintar,
     Lintar menanah tiga puluh;
Tiga hari mayat terlantar,
     Menanti kain bekas tubuh.


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut yang bermula dari kata kerja betul dari segi struktur ayat? 1 Memanjat pokok ialah perbuatan yang bahaya. 2 Mencuri ialah perbuatan yang bersalah. Dalam senarai daftar kata Bahasa Malaysia KSSR Tahun 1, terdapat perkataan "palet" dalam kategori Pertanian. Tetapi perkataan "palet" dalam Kamus Dewan hanya terdapat maksud "papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh warna" di mana tidak sesuai digunakan dalam kategori pertanian. Adakah perkataan palet ini boleh diberi maksud tilam jerami? Sekian, terima kasih.1. Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. contohnya: Bersenam menyihatkan badan dan Mengarang ialah pekerjaan yang mulia. Dalam ayat contoh suadara, ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Mencuri satu amalan keji.
2. Berdasarkan maklumat di laman web kami, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=palet, tidak ada istilah palet bagi maksud tilam jerami.
Istilah13.06.2012
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Buku cerita yang baikialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaanya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. 2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. 3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun asihbelum bangun. 4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. 5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. 6. dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. 7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! 8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri.

Cadangan jawapannya yang betul  adalah seperti yang berikut:

  1. Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca.
  2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini.
  3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun.

  4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena.

  5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam.

  6. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan.

  7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat!

  8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. 
Penyemakan dan penterjemahan06.12.2018
Salam. Maaf,merujuk kepda pertanyaa saya pada 6.12.2018(sperti di bawah) tapi betulkah kesalahan ayat di atas telah disemak dengan betul. Saya rasa seperti orang yang memeriksa ini hanya copy paste sahaja sebab sebelum ini jika telah diperiksa, mereka akan betulkan ejaan atau tanda baca yang salah sekaligus. Mohon pencerahan. Tq Salam sejahtera AZMAZAIRA JAMALUDIN, Jawapan : Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.Ayat dan perkataan yang ditanda hitam (bold) ialah kesalahan ejaan, huruf besar yang telah dibetulkan.

Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. "Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung Kenari. Namun, burung hantu masih lena. Burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. Bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? Lebih baik saya berehat. Esok sahaja saya buat! Saya seorang diri tidak akan sempat kumpulkan semua jerami ini. Lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ejaan12.12.2018

Kembali ke atas