Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.rih] | جريه

Definisi : lelah, payah; ~ lelah = ~ payah = ~ penat susah payah (bkn usaha); sakitnya ~ payah, tenat; penyakit ~ sesak nafas, lelah; ubat ~ pelerai demam ki buah hati (anak yg dikasihi dll); ~ menentang boleh, rugi me­nentang laba prb memberi pertolongan kerana ingin mendapat pertolongan (ke­un­tungan dll) pula; berjerih bersusah payah, berusaha dgn ber­sungguh-sungguh; menjerihkan melelahkan, memayahkan; memperjerihkan mengusahakan dgn ber­sungguh-sungguh; kejerihan perihal jerih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.rih] | جريه

Definisi : tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerih
Rujuk :penat

Peribahasa

Jerih menentang boleh,
     rugi menentang laba.

Bermaksud :

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Jerih PayahmuAzieazahURTV1 August 2005

Kembali ke atas