Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ring] | جريڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya di­jadikan ulam), Pithecellobium jiringa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), saga gajah, Pithecellobium ellipticum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ring] | جريڠ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya dpt dibuat ulam), Pithecellobium jiringa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jering

Puisi
 

Pokok jering baru berbuah,
     Mari ambil jual di kedai;
Selagi ada biring bertuah,
     Jalak jangan tunjukkan pandai.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jering relong[dZ«.ÄiN Ä«.loN] jering yang bercambah tunasnya. Jering ini ditanam di dalam tanah bertujuan untuk menyimpan sebelum dimakan   
kehe[kE.hE]kata adjektifberkenaan rasa tidak enak dalam mulut selepas makan makanan yang berbau seperti kerdas, jering atau petai; rahang.Kehe rase tekok pase makan jering.[kE.hE ÄA.s« t«.k/ pA.sE mA.kAn dZ«.ÄiN]Kehe rasa tekak sebab makan jering.
rahang[ÄA.hAN]kata adjektifberkenaan rasa tidak enak dalam mulut selepas makan makanan yang berbau seperti kerdas, jering atau petai; kehe.Makan sireh nok ilang rasa rahang mulot.[mA.kAn si.Äeh no/ i.lAN ÄA.sA ÄA.hAN mu.lot]Makan sirih untung menghilangkan rasa rahang dalam mulut.

Kembali ke atas