Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ring] | جريڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya di­jadikan ulam), Pithecellobium jiringa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), saga gajah, Pithecellobium ellipticum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ring] | جريڠ

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya dpt dibuat ulam), Pithecellobium jiringa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jering

Puisi
 

Pokok jering baru berbuah,
     Mari ambil jual di kedai;
Selagi ada biring bertuah,
     Jalak jangan tunjukkan pandai.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAmbil bilah di rumpun jering, Jering bersanggit di batang pinang; Kalau jalak lawan biring, Belum tentu kalah menanglawan/belum
Kurik Kundi Merah SagaPokok jering baru berbuah, Mari ambil jual di kedai; Selagi ada biring bertuah, Jalak jangan tunjukkan pandai.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari; Keringlah laut selat Melaka, Barulah saya mungkirkan janji.
Kurik Kundi Merah SagaPaya Sengeram batu berjari, Buah jering dalam petak; Hairan sungguh hati kami, Lautan kering timbul katak.
Kurik Kundi Merah SagaBuah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring.

Kembali ke atas