Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.mal] | جرمل

Definisi : sl alat utk menangkap ikan (pagar yg merupakan bubu yg dipasang di tepi laut, di belakangnya terdapat pintu dgn jaring yg boleh diangkat-angkat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.mal] | جرمل

Definisi : alat penangkap ikan yg berupa pagar dan di belakangnya dipasangi pintu berjaring yg dpt diangkat-angkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jermal


Pantun

PantunSumberTema
Banyak-banyak membuat jermal, Jermal dibuat di tempat dangkal; Banyak-banyak membuat amal, Amal ibadat menjadi bekal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau jermal hendak mengena, Cacakkan belat rapat-rapat; Kalau amalan hendak sempurna, Banyakkan selawat kepada Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pancang jermal tanah di air, Berbilang tahun tiada lapuk; Orang berakal faham berfikir, Senang menuntun sesama makhluk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pancang jermal di tengah laut, Dilanda pasang tidak tenggelam; Orang berakal menjaga mulut, Di muka orang banyaklah diam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Untuk apa membuat jermal, Supaya mendapat ikan pari; Untuk apa berbual beramal, Supaya selamat kemudian hari.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana orang takkan memukat, Hendak menjala terkena jermal; Bagaimana abang tidakkan nekad, Adik sengaja berjual mahal.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mengapa biawak mandi berendam, Menengok buaya menunggu jermal; Mengapa banyak lelaki karam, Menengok betina bergincu tebal. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat menjadi pancang jermal; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat terpuji pegangan amal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas