Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jernih (adjektif)
1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas,
Berantonim dengan keruh

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas,
Berantonim dengan bernoda

3. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang,
Berantonim dengan muram

Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan,

Puisi
 

Selat Teberau air jernih,
     Banyak mengail ikan gelama;
Pura-pura menumpang kasih,
     Kenangan kita selama-lama.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Air jernih,
     ikannya jinak.

Bermaksud :

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga.Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air jernih, ikannya jinak.Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air yang jernih, sayak yang landai.Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. sayak = tempurung kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai puyu di air jernih.Senang hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih.Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya.Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas