Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ru/] | جروق

Definisi : 1. buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yg telah diasamkan (atau diasinkan): buah ~; ikan ~; telur ~; 2. Id limau; ~ bali limau bali, Citrus maxima; ~ manis limau manis, Citrus suhuiensis ; ~ nipis limau nipis, Citrus aurantifolia; ~ purut limau purut, Citrus hystrix; menjeruk mengasamkan (mengasinkan) buah-buahan dll; ~ hati ki menyeksa, menyebabkan (batin se­seorang) menderita; ~ rasa ki menyimpan atau memendam perasaan di dlm hati hingga terseksa atau menderita: anak perempuannya pernah menyatakan bahawa ibunya ~ rasa akibat ayahnya kahwin lain; penjerukan proses menjeruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ru/] | جروق

Definisi : Kl basah; basah ~ = ~ wok terlalu basah, seluruhnya basah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ru/] | جروق

Definisi : 1 yg telah diasamkan atau diasinkan (bkn buah-buahan, sayur-sayuran dll): petai ~; mangga ~. 2 buah limau. menjeruk menyimpan buah-buahan (sayur-sayuran dll) dgn menaruh asam garam dll; mengasinkan atau mengasamkan sesuatu: ~ petai. ~ hati (rasa) ki menyimpan perasaan sedih, marah dsb dlm hati saja (tidak diucapkan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeruk

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JERUK UMUM 
ADAS

Adas ialah tumbuhan yang digunakan untuk

membuat jeruk dan sebagai perasa dalam makanan

termasuk ikan, krim masam, dan cuka.

UMUM 
PLUM

Plum ialah buah yang popular yang dimakan

segar atau digunakan untuk membuat jem, jeli dan

jeruk. Sesetengah jenis plum dikeringkan untuk

dibuat prun (lihat Prun ).

UMUM 
KAYU MANIS

Kayu manis ialah rempah popular yang

digunakan dalam masakan dan untuk memperasa

gula-gula dan jeruk. Ia diperoleh daripada bahagian

dalam kulit pokok kayu manis.

UMUM 
SLO

Slo, juga dikenali sebagai blackthorn, ialah pokok

renek yang berduri, bercabang yang berkaitan

dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah,

dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya

berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam.

Buahnya kurang daripada 13 milimeter

diameternya dan digunakan untuk membuat wain,

jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar

yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo.

Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan

pemegang alat.

UMUM 

Kembali ke atas