Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ru/] | جروق

Definisi : 1. buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yg telah diasamkan (atau diasinkan): buah ~; ikan ~; telur ~; 2. Id limau; ~ bali limau bali, Citrus maxima; ~ manis limau manis, Citrus suhuiensis ; ~ nipis limau nipis, Citrus aurantifolia; ~ purut limau purut, Citrus hystrix; menjeruk mengasamkan (mengasinkan) buah-buahan dll; ~ hati ki menyeksa, menyebabkan (batin se­seorang) menderita; ~ rasa ki menyimpan atau memendam perasaan di dlm hati hingga terseksa atau menderita: anak perempuannya pernah menyatakan bahawa ibunya ~ rasa akibat ayahnya kahwin lain; penjerukan proses menjeruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ru/] | جروق

Definisi : Kl basah; basah ~ = ~ wok terlalu basah, seluruhnya basah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ru/] | جروق

Definisi : 1 yg telah diasamkan atau diasinkan (bkn buah-buahan, sayur-sayuran dll): petai ~; mangga ~. 2 buah limau. menjeruk menyimpan buah-buahan (sayur-sayuran dll) dgn menaruh asam garam dll; mengasinkan atau mengasamkan sesuatu: ~ petai. ~ hati (rasa) ki menyimpan perasaan sedih, marah dsb dlm hati saja (tidak diucapkan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeruk

Puisi
 

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTuan makan jeruk maman, Tiga dengan daun campur; Sudah tuan tegak di laman, Naik ke rumah kita bercampur.
Kurik Kundi Merah SagaSedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula.
Kurik Kundi Merah SagaSedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula.
Kurik Kundi Merah SagaBuah petai sedap dijeruk, Kalau jeruk hendak tua; Deraslah benar tuan merajuk, Orang merajuk lekaslah tua.
Kurik Kundi Merah SagaYa ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding.
Kurik Kundi Merah SagaNgiau-ngiau kucing di rakit, Nak makan jeruk belimbing; Mak! Mak! Tunangku sakit, Nak mengintai di balik dinding.
Kurik Kundi Merah SagaAsam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak.
Kurik Kundi Merah SagaHendak majun diberi majun, Majun ada di dalam jeruk; Hendak pantun diberi pantun, Pantun orang tua tidaklah elok.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga.

Kembali ke atas