Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jét] | جيت

Definisi : 1. pancutan (gas, air, wap, dll) yg keluar dr lubang kecil atau muncung; 2. = kapal terbang ~ sj kapal terbang yg meng­gunakan enjin jet: ~ pejuang; 3. muncung atau lubang kecil dlm karburetor yg meng­hantar minyak petrol dr luang pelampung ke enjin (setelah dicampurkan dgn udara); ~ jumbo kapal terbang yg sangat besar yg boleh membawa beratus-ratus orang pe­numpang; ~ pejuang kapal terbang jet yg digunakan utk membuat serangan terhadap kapal terbang atau sasaran musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jét] | جيت

Definisi : (jét) sj bahan galian keras berwarna hitam yg boleh digilap sehingga berkilat, dan dijadikan sbg barang kemas, barang hiasan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jét] | جيت

Definisi : /jét/ 1 pancutan air, gas dll dr lubang kecil dan menghasilkan tenaga yg kuat. 2 = kapal terbang ~ sj kapal terbang yg menggunakan kuasa jet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jet


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKMAL PENDORONGAN JET

Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion

Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa

pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal

ini dikendalikan oleh California Institute of

Technology yang terletak di Pasadena, California,

Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi

pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa

Kebangsaan – National Aeronautics and Space

Administration (NASA).

UMUM 
JET UMUM 
ARUS JET

Arus jet ialah satu jalur arus udara yang bergerak

laju pada altitud tinggi. Arus jet mengalir berolak-

olak mengelilingi Hemisfera Utara dan Selatan.

Alur ini kerap bertukar tempat dan bergerak secara

menegak dan juga mendatar.

UMUM 
PENDORONGAN JET UMUM 
BOT JET

Bot jet ialah lancang kecil yang digerakkan oleh

kuasa jet berpam air yang dipam menerusi nozel

dengan halaju tinggi di buritan bot.

UMUM 
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 
TAHUN CAHAYA

Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan

oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di

antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam

satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya

bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu

saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan

9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang

terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam

perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya

terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi

adalah tersangat luas hinggakan bintang yang

paling hampir dengan bumi – selain dari matahari

– ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang

(Bintang di dalam alam semesta).

UMUM 

Kembali ke atas