Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ji/] | جيجيق

Definisi : 1. meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dll): aku berasa ~ dgn keadaan di rumah sakit itu; banyak orang ~ melihat perangai buruk Munah; 2. kotor atau keji (yg memualkan, yg tidak suka dilihat): jangan kau pegang makanan itu, ~; menjijikkan 1. berasa jijik akan, meng­anggap jijik; 2. menimbulkan (men­datang­kan) rasa jijik: perangaimu itulah yg ~ kami; kejijikan perihal jijik; penjijik orang yg tidak suka akan benda (keadaan) yg kotor: dia ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ji/] | جيجيق

Definisi : 1 mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji: ~ sekali makanan itu. 2 berasa tidak suka melihat sesuatu kerana kotor atau keji: Ia ~ melihat perangai kawannya yg tamak itu. menjijikkan 1 berasa jijik akan; menganggap sesuatu jijik: Jangan suka ~ pengemis, walaupun dia kelihatan kotor. 2 menimbulkan rasa jijik: perbuatan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jijik (adjektif)
1. Bersinonim dengan geli: geli-geman, geli-geleman, gelinggaman, genyi, loya, jejap, mual, seer,
Berantonim dengan berselera

2. Bersinonim dengan meluat: menyampah, cicik, benci, tidak suka, getik, geli,
Berantonim dengan suka

Kata Terbitan : menjijikkan, kejijikan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
revoltvt membuat [sso] berasa /jijik, mual/, memualkan: the food ~ed him, makanan itu memualkannya; a crime that ~s all decent people, jenayah yg membuat semua manusia yg sopan berasa jijik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disgustvt membuat [sso] berasa /meluat, menyampah/; (caused by unpleasant sight, smell, etc) berasa jijik: his jokes ~ed her, jenaka lelaki itu membuatnya berasa meluat; I was ~ed by the sight of rotting corpses, saya berasa jijik melihat mayat yg sedang reput itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
untouchablen the lowest caste in Indian society, kaum /pariah, luar kasta/, kelas jijik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disgustn rasa /meluat, menyampah/; (caused by unpleasant sight, smell, etc) rasa jijik: he could not conceal his ~ at her conduct, dia tdk dapat menyembunyikan rasa meluatnya thdp perangai perempuan itu; to so’s ~, sso berasa /meluat, menyampah/: to his ~ the chairman’s son-in-law was appointed to the position, dia berasa menyampah apabila menantu pengerusi dilantik memegang jawatan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disgustingadj menimbulkan rasa /meluat, menyampah/; (caused by unpleasant sight, smell, etc) menimbulkan rasa jijik: the show was ~, pertunjukan itu menimbulkan rasa meluat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creepmake o’s /flesh, skin/ ~, a. (with fear), /meremangkan, menegakkan/ bulu roma sso; b. (with repugnance, disgust), (menyebabkan) sso /geli-geman, berasa jijik/; (by person) menyeramkan: horror films make my flesh ~, filem seram menyebabkan bulu roma saya meremang; the sight of the snakes made her skin ~ all over, dia geli-geman melihat ular-ular itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shudder n 1. uncontrollable, shaking, menggeletar, menggigil; (out of disgust) geli-geleman: she stepped back with a ~ of disgust, dia berundur, geli-geleman krn jijik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
revoltvi 1. rebel, memberontak: the hill tribes ~ed against the state authorities when they sanctioned new land laws, puak orang bukit memberontak thdp pihak berkuasa negeri apabila mereka melaksanakan undang-undang tanah yg baru; 2. feel disgust, berasa jijik: his whole nature ~ed at such cruelty, seluruh jiwa raganya berasa jijik thdp kekejaman yg sedemikian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shiver 1 the arrival of Princess Diana sent a ~ of excitement through the crowd, ketibaan Puteri Diana menimbulkan getaran kegembiraan pd orang ramai; she gave a ~ of disgust, dia geli-geleman krn jijik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
revulsionn 1. (fml) sudden or complete change (of thought or view) perubahan mendadak: after the murder trial there was a ~ of public opinion supporting capital punishment, selepas perbicaraan pembunuhan itu, terdapat perubahan mendadak dlm pandangan orang ramai menyokong hukuman bunuh; 2. feeling of disgust (against torture, warfare, bloodshed, etc), (rasa) jijik, menjijikkan; (against dirt, mess, etc) geli-geman, geli-geleman: we feel ~ at the stories of carnage told by the refugees, kami berasa jijik mendengar cerita-cerita pembunuhan beramai-ramai drpd orang-orang pelarian itu; I cringed in ~ at the snake swallowing its victim, saya mengekot krn geli-geman melihat ular itu menelan mangsanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas