Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ka] | جک

Definisi : , jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya; ® kalau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ka] | جک

Definisi : , jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji); kalau: Saya akan mula bekerja besok ~ tuan membenarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,

Puisi
 

Makan buah berdulang-dulang,
     Makanan anak si perantau;
Jika tuah berbalik pulang,
     Jika tidak hilang di rantau.


Lihat selanjutnya...(100)
Peribahasa

Jika diturut hati yang geram,
     hilang takut timbul berani.

Bermaksud :

Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.

 

Lihat selanjutnya...(104)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika saya ingin menggunakan perkataan ramadan atau raya sahaja dan bukannya bulan ramadan atau hari raya, adakah ianya dalam huruf besar atau kecil. contoh: sambutan raya atau sambutan Raya. juadah ramadan atau juadah Ramadan?"Ramadan" ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar, manakala "raya" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan "raya" merujuk hari raya banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam konteks rasmi hendaklah ditulis dalam frasa dan ejaan yang betul, seperti sambutan hari raya. Walau bagaimanapun, duit raya dan kad raya diterima sebagai perkataan yang standard.Ejaan28.02.2024
Jika kata nama rama-rama itu digandakan, adakah menjadi "rama-rama rama-rama" atau "rama-rama-rama-rama" ? Terima kasih.Untuk penggunaan nama haiwan, sila gunakan kata bilangan dan penjodoh bilangan.  Contohnya, "Abang menangkap dua ekor rama-rama."Lain-lain31.01.2024
Jika dalam surat rasmi, penerima berjawatan tinggi seperti Timbalan Pengarah Jabatan tetapi tiada pangkat Datuk dan etc., adakah begini salutasi di surat? Alamat: YBrs. Encik XXX Salutasi: YBrs. Encik / YBrs. Tuan?

Kata sapaan hormat untuk penerima surat rasmi berjawatan tinggi tanpa anugerah darjah kebesaran ialah YBrs. diikuti dengan nama.

Tatabahasa06.03.2023
Jika perkataan 'honeymoon' bermaksud berbulan madu, bagaimana pula dengan perkataan 'babymoon'? Contoh ayat, "Sempat lagi tak kita nak 'babymoon'? Jom bercuti kat hotel untuk 'babymoon' kita. Lagipun, sayang dah nak bersalin."Padanan bahasa Melayu bagi kata babymoon ialah bulan madu hamil.Padanan kata ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Lain-lain27.09.2022
Jika istilah flagship merujuk kepada andalan bagi telefon pintar. Bagaimana pula kategori "mid-range" Mid-range phones tend to offer the best balance of price and performance, packing high-end features you won't find in the cheapest phones on the market while still sometimes costing half the price of top flagships, or even lessCadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "mid-range phone" ialah telefon jenis sederhana dari aspek harga, kualiti, prestasi, storan dan lain-lain.  Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.07.2022
Jika 'eyeliner' menjadi penggaris mata, bolehkah 'lip liner' menjadi garis bibir?Kami mencadangkan "lipliner" diterjemahkan sebagai "penggaris bibir". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Jika pengurusan tertinggi tiada gelaran, bagaimanakah cara penulisan yang betul dalam minit mesyuarat (kehadiran) atau poster perasmian majlis? a) YBrs. Tuan Ali bin Ahmad; b) YBrs. Encik Ali bin Ahmad; c) Tuan Ali bin Ahmad; atau d) Encik Ali bin Ahmad"Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. 

Oleh itu cadangan penggunaan yang sesuai ialah:
1. "YBrs. Encik Ali bin Ahmad" atau "YBrs. Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan dalam majlis
2. "Encik Ali bin Ahmad" atau "Tuan Haji Ali bin Ahmad" - sesuai digunakan untuk penulisan minit mesyuarat
Lain-lain28.12.2021
jika tidak dapat lihat file , sila jawab Terima kasih kerana inilah kali pertama send fileLampiran yang diberikan tidak dapat dibuka. Sila lampirkan fail dalam format yang lebih sesuai.Lain-lain11.11.2021
Jika kita menemui kesalahan penggunaan bahasa yang digunakan oleh buku terbitan DBP. Di manakah boleh kita tujukan? Berikut ialah cadangan jawapan yang diterima oleh DBP: Cadangan penggunaan yang betul ialah wang simpanan, iaitu bermaksud wang yang disimpan untuk masa depan. Saya pun berpendapat begitu akan tetapi dalam buku teks BM Tahun 5, SJKC, KSSR Semakan, Terbitan DBP, muka surat 137, ditulis simpanan wang. Jadi keliru sikit di sini. Terima kasih.

Terima kasih,  pihak kami  ambil  maklum mengenai perkara ini. Pihak kami akan memanjangkan isu ini kepada bahagian  yang  bertanggungjawab untuk penambahbaikan.

Lain-lain28.10.2021
Jika Snow White disamakan dengan Puteri Salji, maka apakah terjemahan yang sesuai untuk Prince Charming? Adakah cukup dengan istilah Putera Raja?Cadangan terjemahan yang sesuai ialah Putera Idaman.Lain-lain15.01.2021
12345678910...

Kembali ke atas