Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jika (kata tugas)
Bersinonim dengan kalau, sekiranya, seandainya, kalau-kalau, misal kata, katakanlah, senyampang, takdirnya.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fire walltembok apiKejuruteraanPetroleumTembok yang diperbuat daripada tanah yang didirikan di sekeliling tangki tempat menyimpan minyak untuk menahan minyak daripada mengalir ke tempat lain sekiranya tangki berkenaan rosak atau bocor, atau untuk menahan sebarang letupan serta kebakaran daripada merebak ke tempat lain jika sekiranya tangki tersebut terbakar.
presumed negligencekecuaian terandaiPentadbiran PerniagaanTiadaMenurut doktrin ini, individu akan diandaikan cuai sekiranya didapati keadaan menyebabkan sesuatu kecederaan atau kerugian itu adalah di bawah kawalannya dan sekiranya boleh dibuktikan kerugian hanya berlaku jika individu tersebut cuai.
tie breaker in jump eventsseri acara lompatSukanTiadaPerihal jika berlakunya seri, atlet yang mempunyai percubaan yang terkurang di peringkat seri diisytiharkan sebagai pemenang; sekiranya seri lagi, peserta yang mempunyai jumlah kegagalan yang paling sedikit dalam pertandingan tersebut termasuk ketinggian terakhir, diisytiharkan sebagai pemenang; jika melibatkan kedudukan pertama, peserta diberi sekali lagi percubaan pada ketinggian yang sama atau direndahkan sehingga salah seorang gagal dalam pertandingan tersebut. Seri pada tempat kedua dan ketiga tidak berubah.
increased hazardbahaya meningkatinsuransTiadaPolisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer.
increased hazardbahaya meningkatPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang dinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer.
medianmedianMatematikTiada1. Nilai nombor yang di tengah-tengah susunan seset nombor sekiranya nombor-nombor itu disusun mengikut tertib. Jika terdapat dua nombor di tengah-tengah susunan, purata dua nombor itu ialah nilai median. Misalnya, median bagi nombor-nombor 4, 5, 6, 7, 8 ialah 6.2. Garis lurus yang menghubungkan bucu segi tiga dengan titik tengah pada sisi bertentangan.
medianmedianMatematikTiada1. Nilai nombor yang di tengah-tengah susunan seset nombor sekiranya nombor-nombor itu disusun mengikut tertib. Jika terdapat dua nombor di tengah-tengah susunan, purata dua nombor itu ialah nilai median. Misalnya, median bagi nombor-nombor 4, 5, 6, 7, 8 ialah 6. 2. Garis lurus yang menghubungkan bucu segi tiga dengan titik tengah pada sisi bertentangan. RUJUK RAJAH M.S. 64
moodsuasana hatiKesusasteraanPuisiPerkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat.
pin perforationpenembusan pinPergigianTiadaPin yang terkeluar dari liang yang disediakan. Ia terkeluar disebabkan sudut kemasukan yang condong ke arah permukaan luar gigi atau rongga pulpa. Jika pin terkeluar ke arah luar ia menyebabkan inflamasi gingiva dan jika ia terkeluar ke arah rongga pulpa ia mengakibatkan kematian tisu pulpa. Sekiranya dikesan pada peringkat awal, pin ini harus dikeluarkan bagi mengelakkan inflamasi gingiva dan kematian tisu pulpa.
parityparitiFizikAtom dan NuklearSifat fizik fungsi gelombang yang ditentukan oleh operasi songsangan koordinat. Sekiranya fungsi gelombang tidak berubah oleh operasi songsangan, maka paritinya genap atau bersamaan dengan 1, sebaliknya jika operasi songsangan menyebabkan fungsi gelombang berubah tanda, maka paritinya adalah ganjil atau bersamaan -1 atau diungkapkan sebagai: j(r)=j(-r) pariti genap j(r)=-1j(-r) pariti ganjil
1234567

Kembali ke atas