kertas litmus | litmus paper | Kertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali. | Menengah Rendah |
tenaga haba | heat energy | Tenaga yang dipindahkan dari satu sistem ke sistem lain jika terdapat perbezaan suhu. | Menengah Atas |
tenggelam | sink | Keadaan sesuatu bahan yang berada di bawah permukaan cecair. Sesuatu objek akan tenggelam jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair. | Menengah Rendah |
dadah | drug | Bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan untuk menahan sakit, merawat dan menyembuhkan penyakit. Dadah akan mendatangkan bahaya jika diambil lebih daripada sukatan atau tidak mengikut kaedah yang ditetapkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hukum Ohm | Ohm’s law | Hukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor berkadaran terus dengan voltan yang dikenakan terhadap litar tersebut jika suhu dan ciri fizikal lain ditetapkan. | Menengah Rendah |
hemofilia | haemophilia | Penyakit keturunan yang menyebabkan darah tidak dapat membeku disebabkan gen resesif yang terukai pada kromoson seks X. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan yang teruk jika terluka, kerana darahnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membeku. | Menengah Atas |