Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.mat] | جيمت

Definisi : I 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm mem­belanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluar­kan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.mat] | جيمت

Definisi : ® azimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.mat] | جيمت

Definisi : tidak boros menggunakan atau membelanjakan wang dsb; cermat; hemat. berjimat berhemat dgn perbelanjaan atau dlm menggunakan sesuatu: Dlm musim kemarau ini, kita harus ~ menggunakan air. menjimatkan menghematkan atau mengawasi perbelanjaan dll supaya tidak berlebih-lebihan: Kami terpaksa ~ wang utk membeli buku-buku sekolah. penjimatan perbuatan atau hal menjimatkan: Dlm keadaan sekarang, mereka digalakkan mengambil langkah ~ tenaga. penjimat orang yg jimat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jimat
Kata Terbitan : berjimat, menjimatkan, kejimatan,

Peribahasa

Ingat sebelum kena,
     jimat (= hemat) sebelum habis.

Bermaksud :

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
korek[k.ÄE/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang tinggal sedikit.Ae dalam kolah tu koret doh, jimat sikit.[Ae dA.lAm k.lAh tu k.ÄE/ dh dZi.mAt si.kit]Air dalam kolah itu sudah tinggal sedikit, berjimatlah.

Kembali ke atas