Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.mat] | جيمت

Definisi : I 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm mem­belanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm peng­gunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluar­kan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.mat] | جيمت

Definisi : ® azimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.mat] | جيمت

Definisi : tidak boros menggunakan atau membelanjakan wang dsb; cermat; hemat. berjimat berhemat dgn perbelanjaan atau dlm menggunakan sesuatu: Dlm musim kemarau ini, kita harus ~ menggunakan air. menjimatkan menghematkan atau mengawasi perbelanjaan dll supaya tidak berlebih-lebihan: Kami terpaksa ~ wang utk membeli buku-buku sekolah. penjimatan perbuatan atau hal menjimatkan: Dlm keadaan sekarang, mereka digalakkan mengambil langkah ~ tenaga. penjimat orang yg jimat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jimat
Kata Terbitan : berjimat, menjimatkan, kejimatan,

Peribahasa

Ingat sebelum kena,
     jimat (= hemat) sebelum habis.

Bermaksud :

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
daylight saving noonrembang jimat siangMatematikTiadaPukul dua belas waktu jimat siang atau ketika matahari min berada di cabang atas meridian jimat siang. Summer time.
daylight saving meridianmeridian jimat siangMatematikTiadaMeridian, umumnya 15 darjah di timur zon meridian piawai yang digunakan untuk menentukan waktu jimat siang.
daylight saving timewaktu jimat siangMatematikTiadaWaktu min tempatan bagi meridian yang terletak 15 darjah di timur zon normal atau meridian piawai. Masa jimat siang lazimnya satu jam lebih awal daripada waktu zon atau waktu piawai bagi sesuatu komuniti itu. Daytime meteor shower.
Summer timewaktu musim panasMatematikTiadaPukul dua belas waktu jimat siang atau ketika matahari min berada di cabang atas meridian jimat siang. Daylight saving noon.
austerityjimat cermatEkonomiTiadaTiada
dispatchjimat hari; rajah binaanKejuruteraanTiadaTiada
dispatchjimat hari;hantaranPentadbiran PerniagaanTiada1. Hantaran: Proses menyerahkan benda pos kepada penerima atau dari pejabat pos ke pejabat pos yang lain.
dispatchjimat hari; warkah rasmiSejarahTiada2. Warkah rasmi: Sesuatu yang dikirim terutamanya laporan kerajaan atau tentera atau apa saja dokumen untuk urusan rasmi negara.
conserve energyjimat tenagaKejuruteraanTiadaTiada
conservepulihara; abadi; jimatKejuruteraanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas