Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jin] | جين

Definisi : sj makhluk Allah yg diciptakan Allah drpd api yg boleh menyerupai malaikat: ~ afrit; ~ Islam; ~ kafir; berjin 1. ada jin; 2. menggunakan jin utk sesuatu tujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jin] | جين

Definisi : bp gin; ~ pahit Id kopi yg pekat dan tidak bergula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jin] | جين

Definisi : ark pelana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jin] | جين

Definisi : sj makhluk Tuhan yg tidak dpt dilihat (ada yg Islam dan ada yg kafir). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jin

Puisi
 

Dukung anak dari Melaka,
     Disambar jin di tepi kolam;
Intan terletak gunung permata,
     Cahaya melimpah serata alam.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang betul: "jin bertendang" atau "jin bertandang"?Ungkapan "jin bertendang" mahupun "jin bertandang" merupakan ungkapan umum yang tidak terakam dalam mana-mana bentuk seperti peribahasa, simpulan bahasa atau lain-lain.  Maka kedua-dua ungkapan itu boleh digunakan mengikut kefahaman masing-masing.Makna20.12.2019
apakah penjodoh blangan bagi jin, syaitan dan malaikat?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam pangkalan data kami ada maklumat tentang penjodoh bilang jin dan syaitan, iaitu seekor tetapi tidak ada penjodoh bilangan bagi malaikat.Tatabahasa21.06.2013
Tuan, saya ada satu soalan untuk ditanya. Ayat di bawah mana yang betul? Terima kasih. "Saya sekeluarga akan pergi ke Pulau Pinang pada minggu depan," kata Jin Boon kepada Cikgu Lee. "Kami sekeluarga akan pergi ke Pulau Pinang pada minggu depan," kata Jin Boon kepada Cikgu Lee.Ayat yang lebih tepat ialah "Kami sekeluarga akan pergi ke Pulau Pinang pada minggu depan," kata Jin Boon kepada Cikgu Lee.Tatabahasa25.10.2015
Yang manakah betul? 1. 'pendiangan' atau 'perdiangan' ? 2. 'Dalam sekelip mata, Jin Cincin menghantarnya pulang.' atau 'dengan sekelip mata' ? Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.1. Perkataan yang betul ialah pendiangan, iaitu tempat berdiang.
2. 'Dalam sekelip mata, Jin Cincin menghantarnya pulang.'
Tatabahasa31.01.2012
Apakah maksud dan asal-usul perkataan Toncit? Contoh ayat, "Jin pakai toncit". Terima kasih.Kata "tonchet" telah terakam dalam Kamus Malay-English Dictionary (R.J Wilkinson, 1959) dengan maksud tuft or lock of hair; small queue; Hn. cf. kunchit, kunchir, kundai, chotet, konchet.

Secara umumnya, makna "toncit" dalam ayat "Jin pakai toncit" bermaksud mempunyai secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol atau botak, sama ada diikat tinggi atau berbentuk sanggul dan sebagainya.

Dalam Kamus Dewan Perdana, terdapat kata "kuncit" yang bermaksud secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol; kucir.

Kata "kucir" pula bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kuntung.

Kata "kuntung" juga bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kucir.

Terdapat juga kata "tongset", kata berlabel kata klasik yang berasal daripada bahasa Cina (Kamus Dewan), dan bermaksud sanggul atau kundai.

Kajian yang lebih lanjut adalah amat dialu-alukan.

Bagi tujuan keselarasan ejaan, kata "toncet" atau "tuncit" adalah disarankan.
Lain-lain06.01.2022
Salam sejahtera, Bagaimanakah suntingan yang setepatnya untuk ayat-ayat keagamaan berikut? Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beramal soleh). Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan 'Demi sesungguhnya'?Mengikut konteks agama, ayat yang berunsur sumpah didahulukan kata "demi" untuk penegasan.Lain-lain05.10.2020
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, mengapakah kebanyakan istilah Arab dalam PRPM dieja dengan huruf kecil? Misalnya, firdaus (nama syurga), iblis (bapa kepada bangsa jin sepertimana Adam sebagai bapa kepada bangsa manusia), firaun (raja Mesir zaman dahulukala), lailatulqadar (peristiwa penting dalam agama, sama konsepnya seperti Hari Easter, Halloween dan sebagainya) dan banyak lagi. Bagaimanakah penentuan tanda baca huruf besar dan kecil ini ditentukan? Sekian, terima kasih.

Untuk makluman pihak puan, ejaan perkataan dalam PRPM berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat. Semasa penyusunan Kamus Dewan Edisi Keempat dahulu, penentuan ejaan sama ada berhuruf besar atau berhuruf kecil tidak jelas kerana penyusun memasukkan sesuatu kata berdasarkan keputusan atau panduan yang dikeluarkan pada waktu itu.

 

Namun, semasa penyusunan Kamus Dewan Perdana (KDP), pengejaan entri dibuat berdasarkan segala keputusan, panduan dan perbincangan yang diputuskan oleh beberapa pihak tertentu, termasuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Jawatankuasa Editorial, pertanyaan terus kepada pihak tertentu yang berkaitan dan sebagainya. Pada masa ini, keputusan untuk mengejakan sesuatu kata nama khas itu adalah lebih jelas dan dapat diandalkan.

 

Sistem penyusunan KDP merumuskan penentuan bagi kata nama khas  ialah nama yang menunjukkan tempat, peristiwa, nama orang dan lain-lain yang khusus. Sebanyak lebih kurang 30 kategori dimasukkan sebagai entri dan dieja dengan huruf besar. Antaranya ialah nama negara, negeri, perayaan, fahaman, gelaran, hari, bulan, tahun , zodiak, planet, lautan, benua dan lain-lain. Contoh perkataan nama khas yang dieja dengan huruf besar ialah Pahang, Lautan Atlantik, negara Afrika, garisan Sartan, bangsa Melayu dan sebagainya.

 

Nama-nama syurga dieja dengan huruf besar, misalnya Firdaus dan Naim, nama neraka seperti Jahanam dan Hawiah, nama malaikat seperti Jibrail dan Mikail dan lain-lain lagi.

 

Kata nama yang dianggap kata umum ditulis menggunakan huruf kecil.

 

Dengan penjelasan ini diharapkan dapat membantu puan dalam pengejaan sesuatu kata.

Ejaan07.12.2020
Salam sejahtera, 1. Pak Salim menyiram sayur supaya tumbuh segar.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak sayur yang sama jenis, jadi guna sayur atau sayur-sayur ?). 2. Seorang pekerja menyabit rumput yang panjang dengan menggunakan sabit.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak rumput,jadi guna perkataan rumput atau rumput-rumput?) 3. Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput-rumput yang disabit.(dalam ayat sudah ada perkataan penuh, jadi guna rumput atau rumput-rumput?)(belakang perkataan disabit perlu ditambah dengan subjek? atau memadai dengan disabit. Sekian, terima kasih.

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sayur-sayuran ialah sayuran bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur, maka yang betul ialah sayur-sayuran untuk menunjukkan bermacam-macam sayur.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud rumput ialah  tumbuh-tumbuhan yang kecil, maka perkataan rumput sudah memadai untuk menunjukkan banyak.

3. Ayat yang betul ialah Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang disabitnya

Tatabahasa21.02.2020
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih.Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail.Tatabahasa08.08.2020
12

Kembali ke atas