Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jin] | جين

Definisi : sj makhluk Allah yg diciptakan Allah drpd api yg boleh menyerupai malaikat: ~ afrit; ~ Islam; ~ kafir; berjin 1. ada jin; 2. menggunakan jin utk sesuatu tujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jin] | جين

Definisi : bp gin; ~ pahit Id kopi yg pekat dan tidak bergula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jin] | جين

Definisi : ark pelana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jin] | جين

Definisi : sj makhluk Tuhan yg tidak dpt dilihat (ada yg Islam dan ada yg kafir). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jin

Puisi
 

Dukung anak dari Melaka,
     Disambar jin di tepi kolam;
Intan terletak gunung permata,
     Cahaya melimpah serata alam.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Maxwell demonjin MaxwellFizikTiadaTiada
Maxwell demonjin MaxwellFizikMekanikMakhluk khayalan yang mengawal suatu pintu perangkap sebuah lubang dalam dinding adiabatik yang memisahkan dua bekas berisi gas yang pada mulanya bersuhu sama. Makhluk itu, menurut Maxwell, membenarkan molekul yang laju masuk ke dalam bekas di kanan, dan molekul yang lambat ke dalam bekas di kiri. Oleh sebab itu, gas dalam bekas di kanan menjadi lebih panas daripada asal, dan sebaliknya pula untuk bekas di kiri. Proses seperti ini bertentangan dengan hukum termodinamik kedua.
Strobilanthus crispusPecah kacaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai batu jin dan bayam karang. Tumbuhan ini jenis renik berkayu mempunyai batang beruas panjang. Daunnya tebal dan kasar, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Jambak bunga jenis spika, bunganya berwarna kuning. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan dan pagar. Daunnya dibuat teh herba. Air rebusan daun diminum untuk membuang batu ginjal, merawat kencing manis, darah tinggi, barah, buasir, sembelit dan melawas kencing.
Strobilanthus crispuspecah kacaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai batu jin dan bayam karang. Tumbuhan ini jenis renek berkayu dan mempunyai batang beruas panjang. Daunnya tebal dan kasar, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika dan bunganya berwarna kuning. Tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman hiasan dan pagar. Daunnya dibuat teh herba. Air rebusan daun diminum untuk membuang batu ginjal, merawat kencing manis, darah tinggi, barah, buasir, sembelit dan melawas kencing.
psychicpsikikBiologiFisiologi1. Berkaitan dengan ingatan/kenangan atau roh; mental. 2. Keadaan yang boleh berhubung dengan jin/syaitan/hantu.
masculine rhymerima ekasukuKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil.
dark fantasyfantasi seramKesusasteraanTiadaKarya fantasi tentang cerita hantu atau cerita tentang kuasa ghaib. Fantasi seram memanfaatkan unsur-unsur ghaib yang berlebih-lebihan berbanding dengan novel gotik. Kadangkala cerita fantasi seram memaparkan keganasan yang kerterlaluan. Contoh kesusasteraan moden ialah Dark Demon Rising oleh Tunku Halim, dan Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Lihat juga novel gotik.
timangtimangMuzikTiada

Muzik vokal atau canta kaum Iban di Sarawak. Muzik ini dipersembahkan dalam upacara tertentu seperti berjamu, menjemput jin ke pesta gawai atau pesta lain yang dikaitkan de­ngan aktiviti menanam atau menuai padi dan menghormati kenyalang. Sinonim pengap.

rocker armlengan anggukKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang mempunyai penyangga di tengah, dan kedua- dua hujungnya bergerak turun naik. Lengan angguk ditolak oleh aci sesondol di satu hujungnya, manakala hujung yang lain digunakan untuk menggerakkan alat yang dipacu. Komponen ini merupakan sebahagian daripada rangkaian injap yang mengawal buka-tutup injap pengambilan dan ekzos dalam en- jin. Komponen ini juga terdapat dalam pam bahan api mekanik untuk menggerakkan diafragma pam. Walau bagaimanapun, penggunaan komponen ini berkurangan dalam kebanyakan enjin semasa, untuk mengurangkan kehilangan geseran dan meningkatkan kecekapan mekanik.
ghost storycerita hantuKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen �The Dead� oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis.
12

Kembali ke atas