Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jin.tan] | جينتن

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), Carum carvi; 2. sj biji-bijian yg dibuat rempah (ubat dll); jenis-jenisnya: ~ hitam, ~ manis, ~ putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jin.tan] | جينتن

Definisi : 1 nama sj pokok, Carum carui. 2 biji-bijian yg dihasilkan oleh pokok jintan utk dibuat rempah: ~ hitam; ~ putih; ~ manis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jintan

Puisi
 

Jauh-jauh kapal datang,
     Jintan selasih dimasak minyak;
Tuan jauh ke mari datang,
     Terima kasih banyak-banyak.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JINTAN PUTIH UMUM 
JINTAN MANIS UMUM 
JINTAN UMUM 
PASLI

Pasli ialah sayur dwitahunan, yang biasanya

dianggap sebagai herba. Pasli berkaitan rapat

dengan jintan putih.

UMUM 
SWEET CICELY

Sweet cicely ialah tumbuhan saka Eropah yang

berkaitan dengan pasli lembu, tetapi ia adalah

tumbuhan yang lebih tegap yang tumbuh setinggi

satu meter. Bunganya putih dan tersusun dalam

bentuk umbel (kepala biji berbentuk payung). Bijinya

panjang, tegak dan berwarna perang gelap

berkilat. Sweet cicely mempunyai daun yang

beralur dalam seperti daun pakis. Sesetengah daun

yang lebih besar mempunyai belak-belak

putih. Bau daunnya seperti bau jintan manis apabila

dihancurkan.

UMUM 
SERUNDING

SERUNDING, makanan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah.  Masakan ini halus, kering dan berderai.  Bahan utama untuk membuat serunding ialah kelapa yang diparut halus.  Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempat seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia.  Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas