Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jip.la/] | جيڤلق

Definisi : Jw; menjiplak 1. meniru atau mengutip karangan orang lain (tanpa izin drpd pe­nulisnya), mencuri karangan orang lain; 2. meletakkan kertas kosong di atas gambar atau tulisan yg telah ada dan menirunya; jiplakan salinan, tiruan, kutipan, dll; penjiplakan perihal atau perbuatan men­jiplak, plagiarisme; penjiplak orang (pihak) yg menjiplak atau meniru hasil kerja orang (pihak) lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jip.la/] | جيڤلق

Definisi : ; menjiplak meniru hasil pekerjaan orang lain: ~ karangan orang. jiplakan sesuatu yg dipijplak atau yg ditiru drpd hasil orang lain. penjiplakan hal atau perbuatan menjiplak. penjiplak orang, syarikat dsb yg menjiplak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jiplak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, yang mana satukah istilah yang betul? Sama ada 'ciplak' atau 'jiplak'? Mohon pencerahan. Terima kasih.Perkataan ciplak boleh digunakan dan sama maksudnya dengan jiplak. Ciplak juga ialah padanan istilah plagiarism dalam bahasa Melayu.Istilah29.04.2020
Salam, Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang perkataan ciplak, mengikut kamus dewan edisi keempat, takrif perkataan ciplak merujuk kepada jiplak. Berdasarkan semakan saya maksud perkataan ciplak tidak ada dalam kamus dewan. Kebiasaan yang saya jumpa dalam pelbagai penulisan perkatan ciplak selalu digunakan. Boleh atau tidak boleh saya menggunakan perkataan ciplak dalam sebarang penulisan yang merujuk kepada perbuatan meniru, mengambil karangan orang tanpa keizinan. Harap Tuan/Puan dan membantu. Terima kasih.Perkataan ciplak boleh digunakan sama maksudnya dengan jiplak. Ciplak juga ialah padanan istilah plagiarism dalam bahasa Melayu.Makna26.06.2012
Salam, Boleh sekiranya untuk saya ketahui perbezaan maksud bagi perkataan di bawah: 1. Mencedok, menciplak dan memplagiat Terima kasih.Kata "ciplak" yang sama maksud dengan ‘jiplak’ bermaksud  meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri.Istilah11.10.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, bolehkah perkataan "ciplak" digunakan dalam kajian sastera? Kerana saya mendapati istilah ini tidak dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima Kasih.Perkataan ciplak boleh digunakan sama maksudnya dengan jiplak. Ciplak juga ialah padanan istilah plagiarism dalam bahasa Melayu.Tatabahasa22.08.2013
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010
Assalamualaikum, terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada saya berkaitan dengan istilah menyontek/ menjiplak dalam bahasa Malaysia. Apabila seorang awam masuk ke dalam ruangan peperiksaan dan membawa catatan tanpa diketahui dewan peperiksaan kemudian melihat catatan tersebut senyap-senyap, apa istilah untuk hal tersebut? Dalam bahasa Inggeris perbuatan tersebut dinamakan 'cheat on an exam' atau 'crib'. Terima kasih. Wassalamualaikum. Tata Tambi Bogor - IndonesiaMengikut Kamus Dewan, kata ‘sontek’ bermaksud melanggar, me­ninju, menolak, menyorong, maka dalam konteks situasi yang diberikan melanggar peraturan peperiksaan. Bagi kata ‘jiplak’ bermaksud  meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri. Maka, perbuatan atau kesalahan melihat catatan secara senyap-senyap semasa peperiksaan lebih merupakan perbuatan melanggar peraturan peperiksaan.Istilah22.10.2014

Kembali ke atas