Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat; berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah sendiri; tetangga. berjiran tinggal berhampiran dgn; bertetangga: Saya ~ dgn Cik Kamariah. Negara-negara yg ~ haruslah berbaik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiran (kata nama)
Bersinonim dengan tetangga, orang sebelah rumah;,
Kata Terbitan : berjiran, kejiranan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYCKBOURN, ALAN

Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan

pengarah teater British, menjadi terkenal kerana

komedinya. Banyak komedinya memaparkan

pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman

Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi

(kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di

rumah hujung minggu yang sama dari sudut

pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart

(1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang

dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup

jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama

Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular

(1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of

Disapproval (1985) dan Henceforward (1987).

Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal.

UMUM 
SWAZILAND

Swaziland ialah negara kecil yang indah di

selatan Afrika. Negara jiran di sebelah utara, barat

dan selatannya ialah Republik Afrika Selatan,

sementara di timur ialah Mozambique.

UMUM 
POKOK BERINGIN

Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang

tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu

pokok beringin mempunyai banyak batang dan

boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini

tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji

beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan

pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara

pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan

mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang

ini kemudiannya membesar menjadi batang dan

tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok

beringin membunuh pokok topang dengan

menjerutnya.

UMUM 
KAKAKTUA

Kakaktua ialah nama beberapa burung nuri

yang besar. Ia hidup di Australia, Indonesia dan

pulau-pulau jiran.

UMUM 
PORTUGAL

Portugal ialah negara yang terletak paling ke

barat di benua Eropah. Ia terletak di Semenanjung

Iberia. Sepanyol ialah jiran Portugal di bahagian

utara dan timur yang juga meliputi sebahagian

besar Semenanjung Iberia. Bahagian selatan dan

barat Portugal pula menghadap Lautan Atlantik.

Lisbon ialah ibu negara dan bandar raya Portugal

yang terbesar.

UMUM 
MONTSERRAT

Montserrat ialah wilayah tanggungan United

Kingdom (UK) di Laut Caribbean. Ia merupakan salah

sebuah daripada Kepulauan Leeward di Hindia

Barat. Negara-negara jiran Montserrat ialah Antigua

dan Barbuda di timur laut, Guadeloupe di tenggara,

dan St. Christopher dan Nevis di barat laut. Ibu

wilayah Montserrat ialah Plymouth yang terletak di

pesisiran pantai barat.

UMUM 
MOZAMBIQUE

Mozambique ialah negara yang terletak di

pantai bahagian tenggara benua Afrika.

Negara ini terkenal dengan banyak pelabuhannya.

Kemudahan yang terdapat di pelabuhannya

digunakan oleh negara jiran. Maputo ialah ibu

negara, bandar terbesar dan pelabuhan utama.

Mozambique diperintah oleh Portugal dari awal

tahun 1500-an hingga tahun 1975, apabila ia

mendapat kemerdekaan selepas berjuang selama

sepuluh tahun menentang pemerintahan Portugal.

UMUM 
AMIN DADA, IDI

Amin Dada, Idi (1925?–2003) ialah pemerintah

Uganda dari tahun 1971 hingga 1979. Sebagai

seorang pegawai tentera, dia memegang kuasa

selepas mengetuai tenteranya untuk menggulingkan

kerajaan awam Uganda. Pemerintahannya berakhir

apabila rakyat Uganda menentangnya dan tentera

dari negara jiran Tanzania menggulingkan

kerajaannya. Amin kemudiannya melarikan diri dari

Uganda.

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND

PENGAJIAN  Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand.  Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok.  Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi.  Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab.  Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi.  Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas