Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat; berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah sendiri; tetangga. berjiran tinggal berhampiran dgn; bertetangga: Saya ~ dgn Cik Kamariah. Negara-negara yg ~ haruslah berbaik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiran (kata nama)
Bersinonim dengan tetangga, orang sebelah rumah;,
Kata Terbitan : berjiran, kejiranan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jiran KamiAmi MasraMingguan Malaysia17.12.2006
Jiran BaruM. AriefMingguan Wanita08.01.1988
Jiran SebelahMas MaimonBorneo Mail28.12.1997
JiranZaharah NawawiMingguan Malaysia20.11.1987
Jiran Baru Lepasan US.Othman KelantanUtusan Zaman04.11.1979
JiranMokjamosUtusan Zaman08.04.1979
Jiran Berbaju HijauZakry AbadiUtusan Zaman01.04.1967
JiranNoor AbbyBerita Minggu08.07.1990
Jiran Tetangga KecilWan Buanan Wan Hussain.Bacaria26.10.1992
Jiran Tetangga KecilWardi SupardiBacaria26.10.1992
12345

Kembali ke atas