Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.rim] | جيريم

Definisi : (Fiz) bahan yg mengisi ruang dan mempunyai jisim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.rim] | جيريم

Definisi : benda yg menjadi bahan sesuatu yg maujud; benda maujud sbg lawan khayalan, fikiran dll. ~ kelabu ist tisu berwarna kelabu yg sebahagian besarnya terdiri drpd sel saraf, yg terdapat di bahagian tengah saraf tunjang dan bahagian luar otak. ~ putih ist tisu berwarna putih yg terdiri drpd gentian saraf berselaput, yg terdapat di bahagian luar saraf tunjang dan bahagian dlm otak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jirim


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jirimmatterBahan yang mengisi ruang dan mempunyai jisim. Jirim yang berbeza mempunyai struktur yang berbeza. Jirim wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.Menengah Rendah
jirimmatterUnsur fizikal yang mempunyai bentuk tertentu dan memenuhi ruang. Jirim wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jumlah jirim bagi sesuatu bahan boleh disukat dari segi jisimnya dalam unit kg. Lihat RajahSekolah Rendah
zarahparticleBahagian terkecil suatu jirim seperti atom, ion dan molekul. Zarah-zarah dalam jirim sentiasa bergerak dan jenis pergerakannya berbeza dalam pepejal, cecair dan gas.Menengah Rendah
gasgasJirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah.Menengah Rendah
sebatiancompoundJirim yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang digabungkan dengan ikatan kimia.Menengah Atas
cecairliquidJirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas.Menengah Atas
pepejalsolidKeadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu.Menengah Rendah
jisimmassKuantiti jirim dalam sesuatu jasad. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim tidak dipengaruhi oleh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram, kg.Menengah Rendah
cecairliquidKeadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap.Menengah Rendah
jisimmassJumlah jirim dalam jasad, tanpa bentuk yang tertentu. Jisim merupakan jumlah isi padu sesuatu benda. Contohnya, jisim buku ialah 100 gram. Lihat RajahSekolah Rendah
123

Kembali ke atas