Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.rim] | جيريم

Definisi : (Fiz) bahan yg mengisi ruang dan mempunyai jisim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.rim] | جيريم

Definisi : benda yg menjadi bahan sesuatu yg maujud; benda maujud sbg lawan khayalan, fikiran dll. ~ kelabu ist tisu berwarna kelabu yg sebahagian besarnya terdiri drpd sel saraf, yg terdapat di bahagian tengah saraf tunjang dan bahagian luar otak. ~ putih ist tisu berwarna putih yg terdiri drpd gentian saraf berselaput, yg terdapat di bahagian luar saraf tunjang dan bahagian dlm otak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jirim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
matterjirimMekanikGunaanSesuatu benda yang mengisi ruang pada sebarang masa tertentu dan boleh dicerap atau dikesan. Objek, bahan atau organisma terbentuk daripada jisim dan semua zat, sebatian dan unsur merupakan jirim. Jirim mempunyai struktur, dan jirim yang berlainan jenis mempunyai struktur yang berlainan. Semua jirim terbentuk daripada atom. Kuantiti jirim diukur berdasarkan jisim, isi padu atau jumlah zat.
nanotechnologinanoteknologiPertanianAgroteknologiCabang sains yang memberikan tumpuan pada jirim-jirim bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10?9 meter). Salah satu aspek skala nano yang terpenting ialah semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan yang baru termasuk dalam bidang pertanian. Nanoteknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor pertanian, kerana boleh digunakan dalam produk pertanian untuk melindungi tumbuh-tumbuhan, memantau pertumbuhan tumbuhan dan mengesan penyakit pada tumbuhan. Contohnya, penciptaan baja organik dengan menggunakan teknologi nanosel yang dapat mengurangkan hampir separuh penggunaan racun dan baja biasa malah meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.
heat of aggregationhaba agregatFizikHabaHaba yang dihasilkan apabila satu agregat jirim-jirim terbentuk pada tekanan malar.
plasmonplasmonNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKuantum ayunan plasma elektron. Plasma merupakan satu daripada empat keadaan jirim. Keadaan jirim yang lain ialah gas, cecair dan pepejal. Plasma bersifat konduksi, peka kepada medan elektrik dan magnet, serta digunakan sebagai sumber tenaga dan sinaran.
nonfibrous matterjirim bukan gentian/jirim bukan sertaKesenianTiadaTiada
dark matterjirim gelapMatematikTiadaJirim yang mungkin mengandungi 90% jirim alam semesta atau lebih tetapi tidak dapat dikesan melainkan melalui kesan gravitinya.
states of matterkeadaan jirimKimiaTiadaTiga bentuk fizikal jirim, iaitu pepejal, cecair atau gas. Keadaan jirim bergantung pada suhu dan tekanan.
secondary treatmentolahan sekunderKejuruteraanTiadaProses biologi untuk menyingkirkan jirim organik dan jirim terampai yang tidak tersingkir dalam olahan primer.
matterjirimKimiaTiadaBahan yang mengisi ruang dan mempunyai jisim. Jirim terbahagi kepada pepejal, cecair, dan gas yang mempunyai bentuk yang berbeza. Kuantiti jirim bagi sesuatu bahan dapat disukat dari segi jisim, isi padu, tekanan atau bilangan molekul.
degenerate matterjirim rosotMatematikTiadaJirim yang amat tumpat yang terdiri daripada nukelus atom yang elektron orbitnya sudah terlucut, dan oleh sebab itu tidak lagi mempunyai sifat kimia yang biasa. Jirim ini hanya wujud dalam bintang cebul putih.
12345678910...

Kembali ke atas