Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.doh] | جودوه

Definisi : 1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau haruslah berhati-hati dlm memilih ~; 2. pertemuan (antara gadis dgn teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak ada ~; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya tidak ~ dgn buatannya; berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), ber­kahwin (dgn); menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda; menjodohkan, memperjodohkan me­ngah­­­winkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz; perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat ditentukan; penjodohan perihal menjodohkan sese­orang: Ali menerima ~ anaknya dgn teruna pilihannya; sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin; penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.doh] | جودوه

Definisi : 1 pasangan hidup (lelaki atau perempuan): Kita mesti berhati-hati memilih ~, jika tidak, kita akan kecewa. 2 lawannya atau pasangannya: Mana ~ kasut ini? 3 sesuai; secocok: Harganya tidak ~ dgn kainnya. berjodoh berpasangan (dgn); berkahwin (dgn). menjodohkan mengusahakan supaya menjadi suami isteri; mengahwinkan: Pak Mat telah ~ anak perempuannya dgn doktor. perjodohan hal berjodoh (dgn); pertunangan; perkahwinan. penjodohan perbuatan atau hal menjodohkan. penjodoh pemadan; pasangan: ~ bilangan perkataan yg berpasangan dgn nama sesuatu benda utk menunjukkan bilangannya (spt helai utk kain, dan batang utk pokok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jodoh (kata nama)
Bersinonim dengan pasangan, teman kawan, lawan, saing, kelamin;,
Kata Terbitan : menjodohkan, penjodohan,

Puisi
 

Pecah sudu pecah pingganku,
     Main gasing beramah-tamah;
Bukan jodoh bukan lawanku,
     Macam anjing di bawah rumah.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Seperti cincin dengan permata.

Bermaksud :

Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah berikan penjodoh bilangan yang sesuai untuk jodoh, tetikus, syiling,dan tahi? Sila jelaskan. Terima Kasih!Tidak semua kata memerlukan penjodoh bilangan seperti kata jodoh, ada perkataan hanya perlu diberikan unit sahaja seperti satu tetikus, dua tetikus Bagi kata syiling penjodoh bilangan yang sesuai ialah keping - penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis (seperti kad, kertas, papan, dan sebagainya), dan penjodoh bilangan tahi ialah ketul -  penjodoh bilangan untuk benda yang berbuku-buku.Tatabahasa14.03.2010
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN

Antara contoh pantun:

Pasang lampu pasang pelita,

    Pasang mari laut jambatan;

Kekalnya jodoh jangan dipinta,

    Memang jodoh jadi suratan. 

 

Budak-budak duduk di pintu,

    Apa dibuat mencari kutu;

Habislah wang beribu-ribu,

   Sukalah hati mendapat menantu. 

 

Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. 

Lain-lain19.02.2010
selamat petang, Saya keliru bagaimana untuk menggunakan tanda baca pada ayat seperti berikut. Kata-kata Nisha mengusikku terngiang-ngiang dalam minda. "Entah-entah memang dia jodoh kau." Adakah betul ia ditulis begitu. Jika tidak, bagaimana cara yang betul tanda baca digunakan.Kata-kata Nisha mengusikku terngiang-ngiang dalam minda. 'Entah-entah memang dia jodoh kau'.Tatabahasa25.02.2015
saya Robiah damae saya belajar bahasa melayu dan saya ingin bertanya tentang bahasa apakah makna pasanganPasangan bermaksud sesuatu yang menjadi regu atau jodoh kepada sesuatu yang lain; satu daripada dua yang berpasang-pasang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pasangan.Lain-lain30.10.2015
Terjemahan bagi 'Dating Website'Jika "Dating Website" merujuk kepada laman web yang mempertemukan lelaki dan perempuan untuk satu hubungan, ia dikenali sebagai Laman Web Mencari JodohMakna21.04.2020
Boleh tak guna peribahasa "seperti cincin dengan permata" untuk benda lain selain daripada untuk menggambarkan pasangan pengantin? Mohon bagi contoh.TK.Lazimnya, peribahasa seperti cincin dengan permata untuk menggambarkan pasangan yang serasi yakni cocok segalanya; jodoh yang sesuai benar.Tatabahasa19.10.2016
Saya ingin tahu makna peribahasa berikut: 1)bagai kunyit dan kapur 2)bagai cincin dan permata 3)bagai hempedu lekat di hati 4)seperti bulan dipagari bintang Terima kasih

1.Sebagai kunyit dengan kapur.
Takrif
Mudah dan lekas mesra.

2. Seperti cincin dengan permata.
Takrif
Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).

3.Bagai hempedu lekat di hati.
Takrif
Perhubungan yang sangat akrab.

4.Bulan dipagar bintang.
Takrif
Cocok segala-galanya.

Makna08.09.2009
Penjodoh bilangan untuk jarum ialah sebilah, sepucuk atau sebatang? Saya mengalami masalah kerana dalam buku yang berlainan jawapan yang diberi berlainan. Ada buku yang mengutarakan jawapan A. sebilah B. sebatang C.Sepucuk. Jadi, murid mengalami masalah memilih jawapan. Harap pihak DBP boleh membantu.Menurut Kamus Bahasa Melayu, maksud bilah ialah penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau atau keris. maksud batang pula ialah penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang manakala batang pula ialah pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain. Maka jawapan yang tepat bagi penjodoh bilangan jarum ialah sebatang jarum. Pembinaan Bakat10.09.2019
Bilakah penggunaan imbuhan diper...kan dan memper...kan? Apakah kata-kata yang boleh menngunakan kedua-dua imbuhan ini dan mengapa? Antara berikut, yang manakah betul? a. kata-kata aluan b. kata alu-aluan?

Apitan diper...kan boleh digunakan untuk golongan kata nama atau kata kerja, dan akan membentuk kata kerja; contohnya, isteri - diperisterikan, dengar - diperdengarkan. Begitu juga dengan apitan memper...kan, golongan kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper...kan untuk membentuk kata kerja, contohnya jodoh - memperjodohkan, lihat - memperlihatkan.

Yang betul ialah kata alu-aluan.

Tatabahasa10.09.2008

Kembali ke atas