Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.gét] | جوݢيت

Definisi : (jogét) sj tarian dan lagu Melayu yg agak rancak iramanya, ronggeng, tandak; buaya ~ laki-laki yg tergila-gilakan perem­puan joget; ~ lambak joget yg berasal dr Melaka, ditarikan dgn gerak tari yg agak rancak dlm majlis spt perkahwinan dan temasya; penari (perempuan) ~ wanita yg mencari wang dgn menari joget; berjoget 1. menari joget; 2. menari (se­barang tarian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.gét] | جوݢيت

Definisi : /jogét/ sj tarian dan lagu Melayu; ronggeng. berjoget menari joget. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata joget


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya dapatkan penjelasan mengenai ejaan bagi perkataan seperti: i)tarian joget atau Tarian Joget? ii)baju kurung moden atau Baju Kurung Moden

Perkataan “tarian joget” dan “baju kurung moden” yang dieja dengan huruf kecil merujuk kata nama am, manakala pangkal setiap huruf perkataan “Tarian Joget” dan “Baju Kurung Moden” ditulis dengan huruf besar merujuk tajuk. 

Tatabahasa08.12.2022
Penari itu menarikan tarian joget atau penari itu menari tarian joget?Jawapan yang tepat ialah "penari itu menarikan tarian joget"Tatabahasa15.09.2014

Kembali ke atas