Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.ging] | جوݢيڠ

Definisi : lari perlahan-lahan terutamanya sbg senaman; berjoging berlari joging, berlari dgn langkah yg tidak kencang atau pantas, lazimnya utk menyihatkan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata joging


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. lorong joging / lorong berjoging 2. merindui sesama sendiri/ merindui sesama diri / merindui sesama diri sendiriJawapan yang betul ialah 1. lorong joging. 2. Merindui sesama sendiri.Lain-lain20.10.2010
mengapa perkataan jogging sudah diterima pakai sebagai bahasa Melayu? lebih menghairankan, perkataan 'jogging' itu membawa maksud 'berlari-lari anak'. lalu apa pula makna 'berjoging'? adakah ia bermakna 'ber+berlari-lari anak'? lalu adakah selepas ini, akan dibenarkan pula istilah 'berdating', 'bersetting' dan 'berchatting'?Perkataan bahasa Inggeris "jogging" telah diterima dalam bahasa Melayu sebagai kata pinjaman dengan penyesuaian ejaan. Ejaan dalam bahasa Melayu ialah joging. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, joging bermaksud lari perlahan-lahan terutamanya sebagai senaman. Walau bagaimanapun, perkataan "berdating", "bersetting" dan "berchatting" tidak diterima dalam bahasa Melayu.Istilah25.07.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur.Berikut ayat yang betul:

1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan.

(2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar.

(3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman.

(4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman.

(5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman.
 
(6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun.

(7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun.

(8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya.

(9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.

Tatabahasa14.07.2014

Kembali ke atas