Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.han] | جوهن

Definisi : 1. sl dunia, alam; 2. orang yg menang dlm pertandingan, juara; ~ arifin orang yg utama di antara cerdik pandai; ~ pahlawan pahlawan dunia, orang yg gagah berani; ~ tinju juara tinju; kejohanan pertandingan dsb utk me­nen­tukan johan, kejuaraan; ~ terbuka pertandingan utk menentukan johan yg dibuka kpd sesiapa sahaja yg ingin bertanding; ~ tertutup pertandingan utk menentukan johan yg penyertaannya di­bataskan kpd petanding-petanding tertentu sahaja (misalnya kpd warganegara yg meng­anjurkan kejohanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.han] | جوهن

Definisi : orang yg menang dlm sesuatu pertandingan atau perlawanan; juara: Ia menjadi ~ dlm perlawanan tinju. kejohanan pertandingan utk menentukan siapa yg akan dipilih sbg johan; kejuaraan: ~ sepak takraw peringkat kebangsaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
johan (kata nama)
Bersinonim dengan juara, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : kejohanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
championjohanSukanTiadaTiada
johannsenite (Johannsen)johan senitKejuruteraanTiadaTiada
idea championjohan pendapatPentadbiranTiadaSeseorang yang mengemukakan pendapat atau idea dan mempertahankannya.
Kjeldahl methodkaedah KjeldahlMakanan dan PemakananMakananKaedah kuantitatif untuk menentukan jumlah kandungan nitrogen daripada sumber bahan protein dan bukan protein. Kaedah ini telah dibangunkan oleh Johan Kjeldahl pada tahun 1883. Kaedah ini melibatkan pemanasan sampel makanan menggunakan asid sulfurik yang menguraikan bahan organik melalui pengoksidaan diikuti dengan pembebasan nitrogen sebagai ammonium sulfat. Kalium sulfat berfungsi sebagai pemangkin yang boleh menaikkan takat didih sampel. Penguraian sampel makanan berakhir apabila warna gelap sampel bertukar menjadi tidak berwarna. Langkah akhir kaedah ini melibatkan proses pentitratan. Pekali protein tertentu digunakan dalam menukarkan peratus kandungan nitrogen kepada protein. Pekali protein yang berbeza digunakan untuk jenis makanan yang berbeza. Pekali 6.23 merupakan pekali yang digunakan secara umum dalam kebanyakan makanan. Pada masa ini, kaedah Kjeldahl mudah dijalankan kerana telah diautomasikan. Namun, kelemahan kaedah Kjeldahl ialah kaedah ini tidak dapat membezakan nitrogen daripada sumber protein dan bukan protein.

Kembali ke atas