Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.hor] | جوهور

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, Cassia siamea; 2. sj tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu rimba, Pellacalyx saccardianus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jo.hor] | جوهور

Definisi : negeri di selatan Semenanjung, keluasan 18 985 km2, Johor Bahru sebagai ibu negeri, Darul Takzim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata johor

Puisi
 

Johor Bahru Tanjung Puteri,
     Angin berhembus di Barat Daya;
Jangan dikejar gunung berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(25)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archaeological sitetapak arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak yang mengandungi tinggalan budaya manusia yang terdiri daripada tapak terbuka dan tertutup. Kawasan ini meliputi zaman prosejarah seperti di Tingkayu (Sabah). Zaman Protosejarah di Kuala Selinsing (Perak) dan Zaman Sejarah di Johor Lama (Johor). Antara jenis tapak adalah seperti penempatan, bengkel, pelabuhan, industri, kerajaan awal dan perdagangan.
Grand Chamberlain (Johor)Dato' Perdana DalamPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
gamelan Jawa (Mal)gamelan JawaKesenianTiadaGamelan yang berkembang di Johor.
fortkubuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak pertahanan dan kota pemerintahan yang diperbuat daripada bata, kayu bakau, cangkerang atau tanah yang ditinggikan. Kedudukannya terletak di kawasan pedalaman atau dipinggir sungai. Terdapat juga kubu yang mempunyai menara peninjau. Di Malaysia, perkembangannya wujud sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Lama dan Baru serta semasa zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Contohnya, Kota Johor Lama (Johor), Kubu Datuk Maharaja Lela (Perak) dan A. Famosa (Melaka). Sinonim benteng.
kerantung (Mal)kerantungKesenianTiadaAlat muzik daripada kayu berbentuk silinder yang berongga terdapat di Johor.
rebana kerincing (Mal)rebana kerincingKesenianTiadaGendang satu muka berbentuk seperti kompang yang terdapat di Johor.
kuda kepangkuda kepangKesusasteraanTiadaTarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam.
purbawarapurbawaraKesusasteraanTiadaPersembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merupakan sebahagian daripada genre sandiwara yang merangkumi drama sejarah dan ceterawara. Dalam purbawara mengisahkan tentang kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Johor dan tokoh pahlawan. Namun, kemudiannya purbawara menyerap cerita moden yang menyentuh isu semasa. Antara cerita yang dipentaskan ialah Robohnya Kota Lukut karya Kala Dewata, Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrum Husain, Gugurnya Melati Pujaan Temasik oleh Atan Ali, dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang.
antonomasiaantonomasiaKesusasteraanTiadaFrasa deskriptif yang berbentuk kiasan bagi menggantikan panggilan nama seseorang. Contoh: "Marhum Mangkat Dijulang" untuk maksud nama khas Sultan Mahmud Johor.
terminus ante quembatas akhirKesusasteraanTiadaPemilihan batas waktu terakhir dalam sebuah teks. Contoh: teks Sejarah Melayu edisi Raffles yang berakhir dengan serangan Portugis ke atas Sungai Telur di Johor pada tahun 1535.
1234

Kembali ke atas