Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jo.lo.kan]/[jo.lo/.kan] | جولوقن

Definisi : perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tang­gungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jolok
Kata Terbitan : menjolok, jolokan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jolokanperbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tang­gungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
nama julukannama yg diberi sbg jolokan (ejekan, sindiran);Kamus Dewan Edisi Keempat
sebutan1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara;Kamus Dewan Edisi Keempat
jolok I; menjolok 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. me­mancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; menjolokkan menjolok utk; jolokan perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dll, menduga hati orang dsb): dia dapat berasa ~nya tentang tang­gungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu; penjolok galah dll utk menjolok.Kamus Dewan Edisi Keempat
nama1. panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dll): ia men­catat ~ orang yg menderma yg terdapat dlm senarai itu; apa ~ buku yg kaubaca itu?; ia men­­catat ~ barang-barang yg diterimanya; atas ~ dgn menggunakan nama, utk ke­pentingan, demi; 2. ark gelaran, sebutan: kerana jasanya yg besar, ia diberi ~ Datuk; 3. kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, ma­ruah, pujian; mencari ~ berikhtiar menjadi masyhur (mendapat pujian); mendapat (beroleh) ~ masyhur (terkenal); mengambil ~ a) mencari muka; b) memakai nama (drpd); telah rosak ~nya telah hilang kehormatannya (kemasyhurannya); ~ am kata nama yg merujuk kpd konsep atau benda yg umum, mis rumah dan kecantikan; ~ baik kehormatan, maruah; ~ batang tubuh = ~ daging (tubuh) nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll); ~ benda (Lin) kata yg mengatakan nama sesuatu yg wujud atau yg dianggap wujud, kata benda; ~ cembung = ~ timangan (timang-timangan) nama yg dipakai utk menyatakan sayang atau manja; ~ julukan nama yg diberi sbg jolokan (ejekan, sindiran); ~ kecil a) nama ketika masih kecil; b) nama depan (cara Barat); ~ keluarga nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; ~ khas kata nama yg merujuk kpd sesuatu yg khusus spt orang, haiwan, tempat atau benda, mis Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur; ~ pena nama yg digunakan oleh penulis pd karya-karya (bukan namanya yg sebenarnya); ~ samaran = ~ pedengan nama utk menyem­bunyikan nama yg sebenarnya; pd ~ sahaja tidak wujud (berlaku) spt yg diperikan: golongan Islam pd ~ sahaja; bernama 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~; menamai membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur; menamakan 1. memberi sesuatu nama sbg menggelarkan, menyebutkan: kami ~ bangsa kpd diri kami Magyar; 2. menganggap (sbg), menyebut: kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yg sejati; 3. mencalonkan se­seorang (utk memegang sesuatu jawatan dll), mengemukakan nama seseorang sbg calon: Isnin, 5 April, ialah hari ~ calon utk pilihan raya; ternama terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~; penamaan perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah; penama 1. orang yg memberi nama (men­calonkan, melantik), pencadang; 2. orang yg dinamakan (dikemukakan) sbg waris dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebutbp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas