Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jongkang;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penjodoh bilangan untuk jongkang-jongkit apa?Jongkang-jongket ialah sejenis permainan kanak-kanak (terdiri drpd papan panjang bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik).Penjodoh bilangan bagi jongkang-jongket ialah sebuah.Tatabahasa16.08.2007
Terima kasih atas bantuan DBP. Saya ada soalan lagi. Ejaan bagi perkataan di bawah betul atau salah; 'Jongkang-jongket' atau 'jungkang-jungket' ?

Saudara,

Ejaan yang betul ialah jongkang-jongket. 

Ejaan29.03.2010
Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang isitilah peralatan taman permainan. Adakah betul ejaan "jongkang-jongket"? Adakah "gegelung" istilah yang betul untuk "merry-go-round"? Sekian.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ejaan Jongkang-jongket adalah betul dan bermakna papan permainan kanak-kanak yang boleh turun naik. Dalam bahasa Melayu permainan merry-go-round diterjemahkan kepada kuda pusing.

Istilah08.04.2018
Taman permainan yang dilengkapi dengan pelbagai jenis mainan moden seperti kuda berspring, jongkang-jongket dll bolehkah digelar sebagai permainan landskap?Soalan saudara akan saya kemukakan kepada bahagian Peristilah untuk mendapatkan pandangan.  Jawapan akan diberi kepada saudara melalui e-mel.  Terima kasih.Istilah05.05.2014
Adakah alat berikut betul? 1. Apakah alat permainan yang kamu suka bermain? 2. Saya suka bermain jongkang-jongket. Sekiranya ayat berikut salah, apakah struktur ayat yang sesuai untuk menyampaikan maksud yang sama seperti ayat di atas. Terima kasih :)Salam sejahtera,

Ayat yang diberikan betul strukturnya.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa13.10.2017
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013

Kembali ke atas