Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua] | جوا

Definisi : 1. hanya, tidak lain drpd, sahaja: walau macam mana sekalipun, kita ~ yg kalah; 2. kata utk memperkuat perkataan yg men­dahuluinya: Zaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun; ® juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua] | جوا

Definisi : 1 tak lain drpd; hanya; saja: Tuhan ~ yg mengetahui. 2 kata utk memperkuat kata-kata yg mendahuluinya:Tiada seorang ~ pun yg tampil ke hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jua

Puisi
 

Siapa makan cubadak,
     Kulitnya tergantung jua;
Siapa adik teragak,
     Duduk bermenung jua.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Jangan puntung berasap jua.

Bermaksud :

Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berapa suku kata bagi "JUADAH" dan "JUA"?Salam sejahtera,

1.Suku kata bagi JUADAH ialah JUA-DAH.
Manakalah JUA ilalah JU

Sekian, terima kasih.
Ejaan21.05.2020
manakah penggunaan yang betul: 1. Apa jua caj perkhidmatan; atau 2. Apa-apa jua caj perkhidmatan Saya meragui penggunaan 'apa-apa jua'. Sekian, terima kasihAyat yang betul ialah "Apa-apa jua caj perkhidmatan". Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa.Tatabahasa14.09.2011
perkataan "apa jua" boleh atau tidak digunakan untuk mengarang surat.perkataan jua sama maksud dengan juga. Walau bagaimanapun dalam konteks rasmi gunakan apa juga.Lain-lain03.01.2008
Pilihan terjemahan ayat yang manakah betul, A atau B? Soalan: But whatever the ancient gods decided, who are we to question, right? A: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkannya, benar? B: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkan, bukan?Terjemahan yang betul ialah: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkannya?Makna27.11.2022
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 Inilah tawaran hebat bagi perniagaan anda walau di mana jua ia berada. Pilihan 2 Inilah tawaran hebat walau di mana jua perniagaan anda berada. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih!Ayat yang lebih gramatis ialah;

Inilah tawaran hebat walau di mana-mana jua perniagaan anda.

Tatabahasa17.01.2013
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah.Tatabahasa04.10.2013
Tuan,saya ingin menanyakan kekeliruan saya tentang kata adverba lagi. Dalam ayat "Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua", kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata nama "tupai", atau menerangkan kata kerja "melompat"? Bagaimanakah caranya untuk menentukan kata adverba menerangkan golongan kata apa? Adakah kita perlu memahami maksud ayat dahulu lalu menentukan sasaran penerangan kata adverba dengan kefahaman sendiri? Pada pemahaman saya, kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan cara tupai melompat, jadi kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata kerja "melompat". Adakah cara saya ini betul? Betulkah saya perlu menentukan sasaran golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba melalui pemahaman saya tentang ayat itu? Tuan tolong kemukakan satu cara yang berkesan kepada saya untuk mengetahui kata adverba menerangkan jenis golongan kata yang mana. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa "sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua" ialah peribahasa, tetapi saya mengandaikan peribahasa ini digunakan sebagai satu ayat.Kata adverba sepandai-pandai dalam peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua menerangkan kata kerja melompat.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa06.12.2014
Adakah ayat "Untuk makluman jua" sesuai digunakan dalam penulis surat rasmi kerajaan?Dalam penulisan surat rasmi, lazimnya frasa "Untuk makluman tuan" dan frasa "Untuk makluman tuan juga" yang digunakan.Tatabahasa19.02.2021
tolong hantarkan saya apa jua mengenai penggunaan kata sempang dan imbuhan "meng-i"Tanda sempang lazimnya digunakan penulisan kata ganda saeperti kuih-muih, rumah-rumah dan kata-kata. Apitan meN...i (termasuklah meng...i) boleh ada dalam kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 202.Tatabahasa23.08.2009
Salam, Saya merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini berkenaan perkataan "terasmilah" Contoh Ayat penuh: Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izinNya jua maka tanggal 7 September 2017 ini terasmilah satu lagi mercu tanda ilmu di Negeri Perak ini amnya dan Daerah Batang Padang khususnya. Harap dapat bantuan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. NAJJAHBersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya jua maka pada 7 September 2017 ini telah dirasmikan satu lagi mercu tanda ilmu di negeri Perak ini amnya dan daerah Batang Padang khususnya.Tatabahasa18.05.2017
1234567

Kembali ke atas