Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua.dah] | جواده

Definisi : 1. sj kuih yg dibuat drpd beras pulut dll; 2. kuih atau penganan (secara umum); 3. bekal (berupa makanan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua.dah] | جواده

Definisi : juak; juak-juak hamba raja yg mengiring raja atau yg membawa alat kebesaran raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jua.dah] | جواده

Definisi : 1 sj makanan yg dibuat drpd beras pulut. 2 kuih atau penganan (secara umum). 3 makanan utk bekal; bekal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juadah
Rujuk :makan, makanan,

Puisi
 

Belum dimakan jangan dijamah,
     Di atas meja hidangan juadah;
Beralih kain di balik rumah,
     Beralih cakap di balik lidah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Syak fasik,
     yakin salih;
batu jadi juadah.

Bermaksud :

Dengan yakin maksud tercapai. fasik = jahat; salih = alim.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika saya ingin menggunakan perkataan ramadan atau raya sahaja dan bukannya bulan ramadan atau hari raya, adakah ianya dalam huruf besar atau kecil. contoh: sambutan raya atau sambutan Raya. juadah ramadan atau juadah Ramadan?"Ramadan" ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar, manakala "raya" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan "raya" merujuk hari raya banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam konteks rasmi hendaklah ditulis dalam frasa dan ejaan yang betul, seperti sambutan hari raya. Walau bagaimanapun, duit raya dan kad raya diterima sebagai perkataan yang standard.Ejaan28.02.2024
Berapa suku kata bagi "JUADAH" dan "JUA"?Salam sejahtera,

1.Suku kata bagi JUADAH ialah JUA-DAH.
Manakalah JUA ilalah JU

Sekian, terima kasih.
Ejaan21.05.2020
Ayat manakah yang betul? 1. Zaiton hidang pelbagai jenis juadah di atas meja. 2. Zaiton menghidang pelbagai jenis juadah di atas meja.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. Menurut Kamus Pelajar, perkataan hidang sama dengan menghidangkan iaitu menyediakan (makanan atau minuman di meja dan lain-lain); menyajikan.Tatabahasa20.05.2013
para tetamu dihidangi Puan Salmah dengan pelbagai juadah yang membuka selera. (dihidangi adakah salah digunakan dalam ayat ini?)Ayat yang betul ialah Para tetamu dihidangi pelbagai juadah yang membuka selera oleh Puan Salmah.Tatabahasa03.08.2011
Maaf, saya ingin bertanya betulkah jika saya bina ayat seperti ini. Nenek kepada Pooja selalu menghidangkan pelbagai juadah kepada kamu. Adakah betul penggunaan ayat saya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:

Nenek Pooja selalu menghidangkan pelbagai juadah untuk kamu.
Tatabahasa28.05.2020
Hai mana satu yang betul? .... jenis juadah dijual di gerai makan makanan itu. A Pelbagai B Berbagai-bagai Adakah A&B betul?Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah pelbagai.Tatabahasa20.01.2021
Adakah frasa di bawah betul dari aspek konteksnya? a. memasak juadah yang lazat b. memasak lauk-pauk c. bermain bersama mainannya Terima kasih.

Frasa yang diberikan boleh digunakan. Bagi frasa yang ketiga, penggunaan yang betul ialah bermain bersama-sama mainannya atau bermain dengan mainannya.

Tatabahasa18.08.2020
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara.

2. Pemboleh-pemboleh ubah

3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan

4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu.

5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang...

6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih.

7. Bahan toksik

8. Meramalkan taufan

Tatabahasa24.11.2011
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan bagi mengantikan perkataan 'VVIP','VIP', dan 'Portluck?. Selain itu, apakah perbezaan ketara antara 'VVIP' dengan 'VIP'.?1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan.
2. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vip dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vvip .
Penyemakan dan penterjemahan01.03.2017
Saya ingin bertanya samada istilah FROM FARM TO FORK boleh ditulis sebagai dari SUMBER BAHAN MENTAH SEHINGGA KE TANGAN PENGGUNA. Sekian, terima kasihKami mencadangkan teks "From farm to fork" diberikan padanan "Daripada bahan mentah kepada juadah".Penyemakan dan penterjemahan27.11.2019
12

Kembali ke atas