Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.bah] | جوبه

Definisi : Ar sj baju panjang cara Arab (dipakai oleh haji, paderi, hakim, dll); berjubah memakai jubah: orang lelakinya ada yg berketayap dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.bah] | جوبه

Definisi : sj baju panjang (spt yg dipakai oleh orang Arab, hakim, haji dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jubah

Puisi
 

Orang Jawa menggunting jubah,
     Jubah digunting dalam perahu;
Hati saya tidak berubah,
     Hati tuan saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Pak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Jawa menggunting jubah, Jubah digunting dalam perahu; Hati saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang darat menggunting jubah, Jubah digunting berwarna kelabu; Hatilah saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengapa digunting baju jubah, Jubah digunting dalam perahu; Hati saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Wak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tuan Haji memakai jubah, Mari sembahyang berhantar lalu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal merubah saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan Haji berbaju jubah, Orang sembahyang haluan perahu; Hati saya tidak berubah, Hati abang belum tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan Haji berbaju jubah, Mari salin dalam perahu; Hati tuan belum berubah, Hati saya manakan tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas