Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.dul] | جودول

Definisi : tajuk (karangan, majalah, buku, drama, dll): drpd ~ cerpennya sahaja sudah dapat kita menangkap isi yg hendak dikisah­kannya; berjudul bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~ Kalung Kenangan; berjudulkan mempunyai sesuatu sbg judul; menjuduli menjadi judul kpd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.dul] | جودول

Definisi : tajuk (sesuatu karangan, drama, buku dll). berjudul bertajuk: Buku yg ~ Misa Melayu itu sudah habis dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
judul
Rujuk :tajuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin tahu jodol novel2 tingkatan satu hingga ting 5 yg digunakan dlm subjek kesusasteraan melayu . bagaimana nak download naskah novel2 tersebut?

Untuk makluman sdr., judul-judul novel baru (KOMSAS) masih lagi dalam proses penerbitan. Pihak Khidmat Nasihat Sastera (KNS)tidak dapat menyediakan judul-judul novel tersebut atas beberapa faktor. Karya-karya tersebut tidak tersedia bahan untuk dimuat turun. Silalah semak dengan pihak Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian, terima kasih dan wassalam.

Lain-lain19.10.2009
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak?Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee)Lain-lain12.11.2007
Bolehkah saya dapatkan judul-judul tertentu Dalam Artikel Akhbar? Bagaimana caranya?Sila rujuk perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan.Lain-lain29.03.2010
Hamizi HabriView Profile Actions 11:58AM Hamizi Habri Hamizi Assalamualaikum admin, maaf mengganggu.. boleh saya tahu judul judul di bawah ini adakah akan diulangcetak ? Jika ya dimana saya boleh mendapatkannya ? 1. Mitos Pribumi Malas 2. Intelektual masyarakat membangun 3. Rasuah : sifat, sebab & fungsi Kesemuanya karya Prof. Syed Hussein Al AttasUntuk tempahan dan urusan pembelian buku, sila hubungi Kedai Buku melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain31.05.2016
"Judul Terbaru" ataupun "Judul Terbaharu"?"Terbitan Terbaru" ataupun "Terbitan Terbaharu"?Judul Terbaru dan Judul Terbaharu, kedua-duanya betul kerana perkataan baru dan baharu membawa makna yang sama; dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa04.09.2014
Selamat sejahtera, saya tidak pasti adakah ini saluan yang betul untuk bertanya soalan ini tetapi saya harap saudara atau saudari dapat membantu saya. Saya ingin mengetahu judul-judul buku terjemahan yang pernah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dari dahulu hingga sekarang, dari mana saya boleh mendapatkan senarai ini? Di harap saudara atau saudari dapa memberikan panduan. Terima kasih. Annie.Salam Sejahtera. Bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan Saudara boleh menghubungi pegawai di Bahagian Penyelerasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan, Encik Abdul Razak bin Mohammad arazak_m@dbp.gov.my 03-21479496 atau Encik Razid bin Sahran razid@dbp.gov.my 03-21479493.Lain-lain09.08.2014
Sedikit kemusykilan. Di dalam laman web PRPM DBP: http://prpm.dbp.gov.my/, terdapat satu link ke “Judul Terbaru”. Cuma ingin kepastian, adakah ejaannya “Judul Terbaru” atau “Judul Terbaharu”?. Manakah yang lebih tepat ejaannya? Terima kasih.Judul Terbaru” dan “Judul Terbaharu”, kedua-duanya betul kerana perkataan baru dan baharu membawa makna yang sama; dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa30.01.2014
Apakah nama yang betul bagi buku tek bahasa Malaysia di sekolah rendah..? Adakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.. Terima kasih..

Semua buku teks Bahasa Melayu telah ditukar judul kepada Bahasa Malaysia. Pertukaran nama judul dibuat atas arahan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, judul-judul buku teks Bahasa Melayu semuanya telah ditukar kepada Bahasa Malaysia apabila buku-buku yang berkenaan dicetak ulang.

Lain-lain20.05.2010
Kami akan menerbitkan sebuah buku. Judul yang dicadangkan ialah "114 Spesies Buah-Buahan yang Boleh Dimakan". Soalan saya ialah: 1. Adakah judul tersebut betul? 2. Bolehkah nombor dijadikan judul buku atau perlu dieja (Seratus Empat Belas ...) 3. 114 Spesies Buah-Buahan atau "114 Spesies Buah"? kerana 114 dah menunjukkan banyak? Terima kasih di atas khidmat nasihat pihak DBP.Judul yang betul ialah "114 Spesies Buah-buahan yang Boleh Dimakan". Untuk makluman, nombor 10 ke atas boleh dicetak dengan angka.Ejaan02.01.2014
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul?

Salam sejahtera,

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

 

Lain-lain12.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas