Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ga] | جوݢ

Definisi : 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

 

Lihat selanjutnya...(308)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'?Salam sejahtera,

perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.10.2020
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'?Salam sejahtera,

perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa01.10.2020
1. Ali juga makan nasi itu. 2. Setiap individu juga perlu mengamalkan pengambilan makanan yang mengikut piramid makanan. 3. Usaha untuk mengeksport karya muzik kita ke luar negara juga perlu dilakukan. Bolehkah saya tanya, manakah bahagian subjek, manakah predikat yang terdapat dalam ketiga-tiga ayat ini? Sila beri jelasan, terima kasih.

Bahagian subjek dan predikat bagi contoh ayat di bawah adalah seperti yang berikut:

1. Ali (subjek) / juga makan nasi itu./(pradikat)

2.Setiap individu (subjek)/ juga perlu mengamalkan pengambilan makanan yang mengikut piramid makanan./ (pradikat)

3.Usaha untuk mengeksport karya muzik kita (subjek)/ ke luar negara juga perlu dilakukan./(pradikat)

Tatabahasa21.02.2022
Boleh saya tahu penggunaan kata 'juga' yang paling tepat antara 2 ayat yang berikut? 1. Selain itu, permainan bahasa juga dapat membantu... 2. Selain itu juga, permainan bahasa dapat membantu...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud juga ialah sama halnya dengan yang lain atau dengan yang disebut sebelumnya; pula; pun atau selalu demikian halnya. maka kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa19.09.2019
Assalamualaikum tuan. Antara ayat berikut, yang mana satukah yang paling tepat? 1. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walau dilarang oleh para sahabat. 2. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walau dilarang oleh para sahabat. 3. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. 4. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walaupun dilarang oleh para sahabat. Terima kasih saya dahulukan. Ayat yang betul ialah Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. Tatabahasa02.09.2021
Selain itu, dia juga turut menerima pingat. Adakah "juga turut" dalam ayat ini dianggap lewah?Ayat ini lewah. Pilih salah satu sahaja, juga atau turut.Lain-lain18.08.2021
Tuan, Ini juga berkaitan kata ganda, kata ganda juga bermaksud jamak. Oleh itu, adakah frasa ini betul? 1. cantik-cantik belaka. (cantik-cantik bermaksud semua cantik, belaka juga bermaksud jamak, Oleh itu, maksud jamak telah diulangkan lagi.) Dalam keadaan ini, adakah frasa cantik-cantik belaka betul? Atau dalam keadaan ini, kata ganda bagi kata adjektif bermaksud "sangat" dan bukan jamak. Oleh itu, cantik-cantik belaka boleh diterima? Mohon penjelasan. Terima kasih

Frasa cantik-cantik belaka betul. Perkataan cantik-cantik dalam frasa tersebut merupakan penggandaan penuh kata adjektif, iaitu kata adjektif tunggal digandakan untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.  Manakala perkataan belaka dalam konteks frasa yang diberikan pula berfungsi sebagai kata penguat belakang yang kedudukannya diletakkan di belakang kata adjektif. Contoh dalam ayat: Rumah di kampung itu cantik-cantik belaka.

Tatabahasa26.05.2021
Adakah perkataan 'pun' dan 'juga' boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat? Contohnya: Saya dan dia pun layak juga.Salam sejahtera,

Perkataan pun dan juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, perkataan ini tidak boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat kerana akan berlakunya pengulangan maksud. 

Sekian, terima kasih.
Pengembangan20.01.2020
adakah dan juga bole digunakan dalam satu ayat? Contohnya "Sehubungan itu, satu sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus "dan juga" Dialog Perundangan 3R mengenai isu tersebut telah diadakan bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada.Perkataan dan juga boleh digunakan dalam satu ayat. Kamus Dewan Perdana memberikan takrifan dan juga sebagai serta. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana hlmn. 475. Tatabahasa21.11.2023
Adakah ayat boleh dimulakan dengan perkataan juga. contohnya ayat di bawah, adakah tepat: Juga ia dengan tidak tepat telah memasukkan ahli falsafah sekular sebagai sumber perundangan Islam tradisionalisme, tersalah mengklasifikasikan kesejarahan sebagai kecenderungan modenis dan tidak membezakan antara pelbagai arus dalam aliran modenisme Islam.

Ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan “juga”. Contoh ayat yang betul ialah “Penulis juga telah memasukkan maklumat yang tidak tepat dengan menyatakan bahawa ahli falsafah sekular sebagai sumber perundangan Islam tradisionalisme dan tersalah mengklasifikasikan kesejarahan sebagai kecenderungan modenis dan tidak membezakan antara pelbagai arus dalam aliran modenisme Islam”.

Tatabahasa27.11.2022
12345678910...

Kembali ke atas