Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ga] | جوݢ

Definisi : 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

 

Lihat selanjutnya...(308)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enamel defectkecacatan enamelPergigianTiadaPermukaan enamel yang cacat disebabkan gangguan seperti jangkitan, pengambilan ubat seperti tetrasiklin atau trauma pada gigi susu yang berlaku semasa pembentukan enamel. Gangguan ini juga juga boleh berlaku semasa bayi di dalam kandungan atau selepas dilahirkan. Ini akan mengakibatkan permukaan enamel menjadi kasar, beralun atau kehitaman. Biasanya kecacatan ini boleh dirawat dengan restorasi komposit, venir berlapis atau korona.
energy requirementkeperluan tenagaVeterinarTiadaTenaga yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu fungsi. Biasanya, haiwan memerlukan tenaga untuk saraan hidup, proses pertumbuhan dan juga pengeluaran. Keperluan tenaga juga bergantung pada aktiviti yang dilakukan oleh haiwan, iklim, saiz, status pemakanan dan tahap fisiologi haiwan tersebut sama ada semasa peringkat pertumbuhan, penghasilan susu, bunting atau semasa pembiakan. Kekurangan tenaga boleh menyebabkan aktiviti-aktiviti kehidupan haiwan terjejas.
Local nameNama tempatanPertanianTiadaNama tumbuhan yang dikenali oleh masyarakat setempat seperti kampung, daerah, negeri dan negara. Tumbuhan juga boleh mempunyai satu atau lebih nama tempatan. Contohnya Tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga dikenali sebagai setunjang bumi (Terengganu), bedara pahit, tongkat baginda dan pasak bumi (Malaysia dan Indonesia). Terdapat juga satu nama tempatan yang gunakan oleh lebih daripada satu jenis pokok. Contohnya tongkat ali hitam (Polyalthia bullata dan Eurycoma apiculata).
iedntureindenturPentadbiranTiadaPersetujuan formal yang dibuat tentang penawaran bon dan juga hubungan di kalangan peminjam pemagang bon dan juga pihak pemegang amanah.
basic saltgaram berbesKimiaTiadaSebatian yang merupakan garam dan juga bes, kerana selain mempunyai radikal positif dan negatif garam biasa, sebatian itu juga mengandung hidroksida atau oksida.
community libraryperpustakaan rakyatPerpustakaanTiadaPerpustakaan cawangan yang mungkin juga memberi perkhidmatan pusat atau bergerak yang berfungsi memberi nasihat dan maklumat tempatan kepada seluruh komuniti dan juga menawarkan stok buku kepada pembaca-pembaca.
bumbershoot policypolisi bumbershootPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi liabiliti yang serupa dengan polisi liabiliti payung yang juga meliputi perlindungan yang berkaitan dengan risiko marin lautan. Polisi ini juga menawarkan perlindungan pelanggaran averaj am dengan caj salvaj sebagai tambahan kepada perlindungan liabiliti am.
personnel managementpengurusan personelPentadbiranTiadaPengurusan kakitangan sesebuah organisasi yang menitikberatkan dasar, tatacara, peraturan, dan juga amalan syarikat berhubung dengan pengambilan, pemilihan, latihan keadaan tempat kerja, dan juga ganjaran seperti gaji, upah, bonus, dan sebagainya.
alpha-tocopherolalfa-tokoferolVeterinarTiadaVitamin larut lemak yang diperlukan untuk fungsi normal pembiakan, pertumbuhan otot dan menghalang sel darah merah daripada mengalami hemolisis. Bahan ini juga dikenali sebagai vitamin E. Vitamin ini boleh didapati daripada minyak germa gandum, bijirin, kuning telur dan hati lembu. Bahan ini boleh juga dibuat secara sintetik. Lihat juga vitamin E.
air traffic controllerpengawal trafik udaraAeroangkasaTiadaPegawai yang mengawal penerbangan pesawat udara di ruang udara tertentu dan juga pergerakan darat pesawat udara di pelabuhan udara.,Pegawai yang mengawal penerbangan pesawat udara di ruang udara tertentu dan juga pergerakan darat pesawat udara di pelabuhan udara.
12345678910...

Kembali ke atas