Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

 

Lihat selanjutnya...(308)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tojah[t.dZAh]kata kerjatikam, jolok, cucuk; tojoh.Awat hang tojah budak tu, nanti luka hang juga susah.[A.wAt hAN t.dZAh bu.dA/ tu nAn.ti lu.kA hAN dZu.gA/ su.sAh]Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah.
tojoh[t.dZh]kata kerjatikam, jolok, cucuk; tojah.Awat hang tojoh budak tu, nanti luka hang juga susah.[A.wAt hAN t.dZh bu.dA/ tu nAn.ti lu.kA hAN dZu.gA/ su.sAh]Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah.
cat[tSAt]kata namapasung tempat memerah susu dan juga menjadi tempat untuk memeriksa atau mengubati binatang (kerbau, lembu dan lain-lain)Bawak lembu tu masok cat, satni dokto hewan nak mai pereksa.[bA.wA/ l«m.bu tu mA.so/ tSAt sAt.ni do/.to hE.wAn nA/ mAj p«.ÒE/.sA]Bawalah lembu masuk ke pasung, doktor haiwan akan datang memeriksanya sebentar lagi.
perelai[p«.Ò«.lAj]kata kerjamengejek, mengajuk, memperli dan seumpamanya dengan tujuan untuk berseloroh, bersenda. Ada juga dengan niat yang jahat, perli.Merah telinga dia bila kena perelai kawan-kawan, pasai dia takot bini.[mE.ÒAh t«.li.NA di.jA bi.lA k«.nA p«.Ò«.lAj kA.wAn.kA.wAn pA.sAj di.jA tA.kot bi.ni]Telinganya menjadi merah kerana diperli dek teman-temannya tentang dia takutkan isteri.
takah I[tA.kAh]kata adjektiftahap atau peringkat.Dia belajaq silat tu lama dah, tapi dok takah lama jugak, tak maju-maju lagi.[di.jA b«.lA.dZA)Ö si.lAt tu lA.mA dAh tA.pi do/ tA.kAh lA.mA dZu.gA/ tA/ mA.dZu.mA.dZu lA.gi]Dia mempelajari ilmu persilatan itu sudah pun lama, tetapi masih di tahap lama juga, tidak maju-maju juga.
licon[li.tSon]kata tugassehabis-habis, sekurang-kurang, setidak-tidak, paling kurang, paling sedikit; habeh-con.licon tak tau nak cari, tanyala orang.[li.tSon tA/ tAu nA/ tSA.Òi tA.øA.lA .ÒAN]Sehabis-habis usaha, tidak berjumpa juga, bertanyalah kepada orang.
habeh-con[hA.beh.tSon]kata tugassehabis-habis, sekurang-kurang, setidak-tidak, paling kurang, paling sedikit; licon.Habeh-con tak tau nak cari, tanyala orang.[hA.beh.tSon tA/ tAw nA/ tSA.Òi tA.øA.lA .ÒAN]Sehabis-habis usaha, tidak berjumpa juga, bertanyalah kepada orang.
kawaq[kA.wAâÖ]kata namapencuri.Syok jugak kalu ramai-ramai pakat kepong kawaq hak curi teloq ayam tu.[S/ dZu.gAk kA.lu ÒA.mAj.ÒA.mAj pA.kAt k«.poN kA.wAâÖ hA/ tSu.Òi t«.lâÖ A.jAm tu]Terasa seronok juga kalau beramai-ramai mengepung pencuri yang mencuri telur ayam itu.
no[n]kata tugaskata yang digunakan di akhir sesuatu pertanyaan atau pernyataan yang sama maksudnya dengan kata ya.Terok-terok lagu tu pon dia nak pi no?[t«.Òo/.t«.Òo/ lA.gu tu pon di.jA nA/ pi n]Meskipun seteruk itu dia hendak pergi juga ya?
gagah[gA.gAh]kata kerjamencuba, berikhtiar dalam keadaan tidak berupaya, menggagahi.Tok wan tak larat jalan dah, tapi dia gagah jugak pi masjed.[to/ wAn tA/ lA.ÒAt dZA.lAn dAh tA.pi di.jA gA.gAh dZu.gA/ pi mAs.dZed]Datuk kurang berdaya namun dia mencuba juga berjalan ke masjid.
12

Kembali ke atas