Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ju.kan]/[ju.ju/.kan] | جوجوقن

Definisi : urutan, rentetan, susunan: perisian merupakan sekumpulan ~ arahan atau atur cara yg akan melaksanakan operasi kom­puter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ju.kan]/[ju.ju/.kan] | جوجوقن

Definisi : susunan atau kejadian yg berturut-turut; rentetan: Perisian ialah sekumpulan ~ arahan yg akan melaksanakan operasi komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jujukan


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jujukan nombornumber sequenceSatu susunan nombor dalam tertib tertentu. Contohnya, (i) Jujukan nombor ganjil ialah 1, 3, 5... ; (ii) Jujukan nombor bagi gandaan 5 ialah 5, 10, 15, 20, 25... ; (iii) Jujukan nombor kuasa dua sempurna ialah 1, 4, 9, 16, ... .Menengah Rendah
sebutanterm1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya.Menengah Rendah
sebutantermBahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8.Menengah Atas
jujukansequenceSatu set nombor atau objek yang disusun mengikut pola tertentu.Menengah Atas
jujukansequenceSatu susunan nombor yang mempunyai pola tertentu yang setiap satunya dinamai sebutan.Menengah Rendah
siriseriesJujukan yang sebutannya diperoleh mengikut peraturan tertentu.Menengah Atas
janjangprogressionJujukan nombor yang mengikut petua matematik. Contohnya, janjang aritmetik: 2, 4, 6, 8, …, janjang geometri: 5, 10, 20, 40, …Menengah Atas
urutan nombornumber sequenceLihat jujukan.Menengah Atas
perpuluhan jadi semularecurring decimalPerpuluhan yang digit atau jujukan digitnya berulang secara berterusan. Lihat ContohMenengah Atas
perpuluhan jadi semularecurring decimalPerpuluhan yang digit atau jujukan digitnya berulang secara berterusan. Lihat ContohMenengah Rendah
12

Kembali ke atas