Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ju.kan]/[ju.ju/.kan] | جوجوقن

Definisi : urutan, rentetan, susunan: perisian merupakan sekumpulan ~ arahan atau atur cara yg akan melaksanakan operasi kom­puter. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ju.kan]/[ju.ju/.kan] | جوجوقن

Definisi : susunan atau kejadian yg berturut-turut; rentetan: Perisian ialah sekumpulan ~ arahan yg akan melaksanakan operasi komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jujukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan Istilah 1. Mixed Methods 2. Exploratory Sequential Design 3. Grounded Theory 4. PhenomenologyKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Mixed methods = Kaedah campuran
2. Exploratory sequential design = Reka bentuk jujukan jelajah
3. Grounded Theory = Teori berasas
4. Phenomenology = Fenomenologi

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. 
Istilah16.02.2021
Apa terjemahan untuk istilah-istilah berikut? 1. Royal flush 2. Straight flush 3. Four of a kind 4. Full house 5. Flush 6. Straight 7. Three of a kind 8. Two pair 9.One pair 10. High card Terima kasih1. royal flush - sama bunga tertinggi (terup) 2. straight flush - sama bunga jujukan (terup) 3. four of a kind - empat jenis senilai (terup) 4. full house - set penuh (terup) 5. flush - sama bunga (terup) 6. straight - jujukan (terup) 7. three of a kind - tiga jenis senilai (terup) 8. two pair - dua pasang (terup) 9.one pair - sepasang (terup) 10. high card - kad utama (terup)Istilah01.07.2022
Saya telah mewujudkan satu bilik yang diberi nama 'Bilik Algoritma Dokumentasi'. Bilik ini berfungsi untuk meletakkan dokumen2 pentadbiran, akademik yang sulit dan yg bukan sulit. Tujuan digunakan Algoritma adalah bersesuaian dengan susuan bilik dimana dokumen disusun mengikut kategori, yang perlu dilupus, Sulit, Soalan Peperiksaan yang telah tamat tempoh, Dokumen Semasa, Laporan2 Amali diasingkan yang perlu dilupus dan masih dalam perhatian. Mohon pandangan pihak yang lebih arif adakah sesuai penggunaan 'Algoritma' digunkana untuk Bilik Dokumentasi (Bilik Algoritma Dokumentasi). T.Kasih di atas makluman segera.Nama yang dicadangkan ialah Bilik Dokumentasi. Berdasarkan maksud "algoritma" yang diberikan dalam pangkalan data istilah DBP dan Kamus Dewan Edisi Keempat, kami berpendapat perkataan "Algoritma" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, algoritma bermaksud 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer) 2. (Komputer) cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau ob­jektif.Istilah05.08.2016
apakah perbezaan antara atur cara dengan tentatif?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

atur cara
kata nama 1 senarai maklumat tarikh, masa, acara, tempat dsb mengikut urutan yang ditetapkan untuk sesuatu majlis: Susunan atur cara majlis perasmian orientasi terlalu padat.◊atur cara Sambutan Hari Kemerdekaan;

kata nama 2 kaedah atau aturan yang lazim atau sudah ditetapkan untuk melakukan sesuatu kerja atau urusan:penyelidikan yang mengikut tertib atau atur cara yang tepat dan positif;◊Harta benda kesatuan, selain kumpulan wang kebajikan tertakluk kepada atur cara sivil termasuk bagi mendapatkan wang yang terhutang.

kata nama 3 TMK jujukan arahan berkod yang diinput ke dalam komputer yang membolehkan arahan tersebut diproses;

tentatif

kata nama 1 atur cara atau jadual perjalanan sesuatu tugasan atau program, mis bengkel, ceramah atau seminar: Tentatif di atas boleh berubah bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak penganjur.◊Berikut ialah tentatif perjalanan majlis penutup program tersebut.

kata adjektif 2 (berkenaan keputusan, hasil penyelidikan dan sebagainya) belum muktamad dan masih boleh diubah atau dipinda: Cadangan yang dihantar itu adalah tentatif.◊Pihak mereka memberikan tarikh tayangan tentatif di seluruh negara sepanjang tahun ini.

kata adjektif 3 (berkenaan langkah, teori, program dan sebagainya) sementara waktu sahaja: Jepun mengambil langkah tentatif ke arah memperbaik hubungan dengan Korea Utara.

Perbezaan antara dua kata ini adalah merujuk kelas/golongan kata dan makna dalam penggunaannya.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas