Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lat] | جولت

Definisi : 1. sl ukuran panjang (masa) yg tidak tentu besarnya (lamanya); se~ perahu se­panjang perahu; 2. lingkungan antara dua had (yg dinyatakan dgn angka): ~ suhu tahunan Malaysia adalah antara 27°C hingga 32°C; menjulat 1. mencapai sejauh; 2. menjulang (api dll), menjilat; penjulat alat pd senapang, kamera dsb yg menentukan jarak sasaran atau objek dr pe­nembak, jurufoto dsb; sepenjulat sejauh; ~ mata sejauh mata me­mandang; ~ peluru meriam sejauh peluru meriam boleh sampai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lat] | جولت

Definisi : lingkungan antara dua had yg dinyatakan dgn angka. penjulat alat yg biasanya dipasang pd senapang atau kamera, utk menganggarkan sesuatu jarak dgn tepat atau utk membuat pelarasan supaya objek kelihatan jelas, sebelum ditembak, diambil gambar dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata julat


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
julatrangePerbezaan antara nilai terbesar dengan terkecil dalam satu set data. Rumus julat: julat = nilai terbesar – nilai terkecil, atau: nilai maksimum – nilai minimum. Lihat ContohSekolah Rendah
julat antara kuartilinterquartile rangeJulat antara kuartil pertama dengan kuartil ketiga bagi suatu set data. Julat ini merupakan satu cara untuk menghuraikan sebaran suatu set data. Lihat ContohMenengah Atas
julatrange1. Dalam statistik, julat ialah perbezaan antara nilai yang terbesar dengan nilai yang terkecil dalam suatu set data. 2. Dalam hubungan, julat ialah subset kodomain yang merupakan imej bagi objek dalam domain.Menengah Atas
julatrangeBeza antara nilai yang terkecil dengan nilai terbesar dalam satu set data.Menengah Rendah
pemboleh ubah rawak selanjarcontinuous random variablePemboleh ubah yang boleh mengambil sebarang nilai dalam julat tertentu.Menengah Atas

Kembali ke atas