Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lat] | جولت

Definisi : 1. sl ukuran panjang (masa) yg tidak tentu besarnya (lamanya); se~ perahu se­panjang perahu; 2. lingkungan antara dua had (yg dinyatakan dgn angka): ~ suhu tahunan Malaysia adalah antara 27°C hingga 32°C; menjulat 1. mencapai sejauh; 2. menjulang (api dll), menjilat; penjulat alat pd senapang, kamera dsb yg menentukan jarak sasaran atau objek dr pe­nembak, jurufoto dsb; sepenjulat sejauh; ~ mata sejauh mata me­mandang; ~ peluru meriam sejauh peluru meriam boleh sampai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lat] | جولت

Definisi : lingkungan antara dua had yg dinyatakan dgn angka. penjulat alat yg biasanya dipasang pd senapang atau kamera, utk menganggarkan sesuatu jarak dgn tepat atau utk membuat pelarasan supaya objek kelihatan jelas, sebelum ditembak, diambil gambar dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata julat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah penggunaan perkataan yang betul untuk menunjukkan julat sama ada 'di antara julat 35% hingga 68%' atau 'antara julat 35% hingga 68%' atau 'diantara julat 35% hingga 68%' Adakah betul penggunaan 'diantara' Terima kasih.Merujuk tatabahasa Dewan. Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan (jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya).
 Oleh itu jawapannya 'antara julat 35% hingga 68%'
Tatabahasa15.09.2017
Salam, Apakah sendi nama yang tepat untuk merujuk julat (range)?"Dari 100 ke 1000" atau "daripada 100 kepada 1000" atau "dari 100 hingga 1000" atau "dari 100 sehingga 1000" atau kombinasi yang lain.Kata sendi nama yang betul untuk menunjukkan julat ialah "daripada 100 hingga 1000" atau  "antara 100 hingga 1000."Lain-lain25.09.2022
Salam Sejahtera Tuan, 1. Apakah penggunaan istilah yang sesuai bagi menggambarkan beberapa julat nilai yang bersiri. Sebagai contoh: i. Luas 400 hektar dan kurang ii. Luas antara 400-800 hektar iii. Luas melebihi 800 hektar 2. Bagi butiran i. bermaksud luas daripada 400 hektar dan ke bawah. 3. Adakah butiran ii. Bermaksud nilai 400 dan 800 hektar termasuk di didalam julat tersebut atau ianya dari 400.1 -799 hektar? 4. Adakah butiran iii. Bermaksud nilai 800 hektar termasuk didalam butiran tersebut atau bermula dari 800.1 hektar. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan. Sekian, terima kasih.i.   Luas 400 hektar dan kurang
     Luas 400 hektar dan ke bawah

ii.  Luas antara 400 - 800 hektar
     Luas antara 400 hingga 800 hektar

iii. Luas melebihi 800 hektar
     Luas bermula daripada 800.1 hektar dan ke bawah
Tatabahasa04.04.2024
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah alasan pihak tuan? Sepatutnya waktu tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahajaPenetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu yang bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah pihak tuan? Sepatutnya t tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahajaPenetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
apakah yang dimaksudkan dengan frekuensi dalam istilah matematik?Secara umumnya, frekuensi bermaksud:

(frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~ audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~ tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi: penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis.
Istilah14.08.2015
Saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi 'cyber range'. Contoh ayat ialah seperti berikut; The mammoth scale in a cyber range offers the capacity to emulate any host domain and an infinite variety of endpoints.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "cyber range" ialah julat siber.Istilah27.09.2016
Salam sejahtera, saya nak tanya sikit tentang penggunaan Proto dan Purba dalam pelabelan bahasa lama. Dalam Inggeris ada Ancient Greek, Proto-Hellenic, Proto-Greek, dan Old Greek. Saya ikut label dalam Kamus Dewan Perdana yang terjemahkan Proto kepada Purba tapi masalahnya macam mana nak bezakan dengan Ancient Greek yang diterjemahkan kepada Yunani Purba? Dan dalam Kamus Inggeris-Melayu, Hellenic diterjemahkan kepada Yunani sementara daftar istilah berikan Helenik/Hellenik. Macam mana saya dapat bezakan kesemua label ini? Setakat ini saya labelkan Hellenik Purba (Proto-Hellenic), Proto-Yunani (Proto-Greek) dan Yunani Kuno (Old Greek). Harap dapat membantu. Yang benar, Haziq FaruqiKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah kamus umum bahasa Melayu. Kamus Inggeris-Melayu Dewan (DBP, 1992) juga ialah kamus umum. Kata/istilah dalam sesuatu bidang merupakan kata khusus yang mempunyai konsep dan konteks yang tertentu.

Pentakrifan atau penggunaan kata/istilah dalam sesuatu bidang seperti Proto-Hellenic (proto Helenik), Proto-Greek (proto Yunani) dan Old Greek (Yunani kuno) perlulah merujuk pakar bidang tersebut untuk menentukan julat masanya secara terperinci, persamaan atau perbezaan makna sesuatu kata/istilah bahasa sumber dan sebagainya supaya padanan kata tersebut dalam bahasa Melayu tepat dan jelas.

Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.
Istilah31.03.2024

Kembali ke atas