Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lat] | جولت

Definisi : 1. sl ukuran panjang (masa) yg tidak tentu besarnya (lamanya); se~ perahu se­panjang perahu; 2. lingkungan antara dua had (yg dinyatakan dgn angka): ~ suhu tahunan Malaysia adalah antara 27°C hingga 32°C; menjulat 1. mencapai sejauh; 2. menjulang (api dll), menjilat; penjulat alat pd senapang, kamera dsb yg menentukan jarak sasaran atau objek dr pe­nembak, jurufoto dsb; sepenjulat sejauh; ~ mata sejauh mata me­mandang; ~ peluru meriam sejauh peluru meriam boleh sampai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lat] | جولت

Definisi : lingkungan antara dua had yg dinyatakan dgn angka. penjulat alat yg biasanya dipasang pd senapang atau kamera, utk menganggarkan sesuatu jarak dgn tepat atau utk membuat pelarasan supaya objek kelihatan jelas, sebelum ditembak, diambil gambar dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata julat


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gelombang radioradio waveGelombang elektromagnet yang mempunyai julat panjang gelombang 10-1 m hingga 106 m.Menengah Atas
cahaya tampakvisible lightSinaran elektromagnet yang mempunyai julat panjang tertentu yang dapat dilihat dengan mata kasar.Menengah Atas
kerosinkeroseneCecair hidrokarbon yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat minyak mentah pada julat takat didih 150°C - 230°C. Kerosin digunakan sebagai bahan api dan pelarut.Menengah Rendah
penunjuk semestauniversal indicatorPenunjuk yang dapat menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar.Menengah Rendah

Kembali ke atas