Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.lat] | جولت

Definisi : 1. sl ukuran panjang (masa) yg tidak tentu besarnya (lamanya); se~ perahu se­panjang perahu; 2. lingkungan antara dua had (yg dinyatakan dgn angka): ~ suhu tahunan Malaysia adalah antara 27°C hingga 32°C; menjulat 1. mencapai sejauh; 2. menjulang (api dll), menjilat; penjulat alat pd senapang, kamera dsb yg menentukan jarak sasaran atau objek dr pe­nembak, jurufoto dsb; sepenjulat sejauh; ~ mata sejauh mata me­mandang; ~ peluru meriam sejauh peluru meriam boleh sampai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.lat] | جولت

Definisi : lingkungan antara dua had yg dinyatakan dgn angka. penjulat alat yg biasanya dipasang pd senapang atau kamera, utk menganggarkan sesuatu jarak dgn tepat atau utk membuat pelarasan supaya objek kelihatan jelas, sebelum ditembak, diambil gambar dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata julat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
measure of disprsionsukatan serakanMatematikTiadaStatistik seperti julat, julat antara kuartil, atau sisihan piawai yang digunakan untuk membayangkan perubahan antara data daripada sukatan kecenderungan memusat. Lihat juga sukatan kecenderungan memusat.
aerographyaerografiGeografiTiadaIstilah yang dikemukan oleh E. H. Rapoport pada 1973 untuk menghalkan kajian-kajian tentang julat-julat geografi takson contohnya subspesies, spesies, genus, famili, dsb.nya.
dispersionpenyerakanMatematikTiadaPerubahan antara data yang menunjukkan kekurangan kecenderungan memusat dalam statistik. Ia disukat melalui statistik, seperti julat, julat antara kuartil, dan sisihan piawai.
liquidity securitysekuriti cairEkonomiEkonomi IslamInstrumen yang mudah ditunaikan dan mempunyai perbezaan kecil antara harga bida dengan harga yang ditawarkan. Perbezaan ini dikenali juga sebagai julat. Julat kecil menunjukkan permintaan yang baik bagi sesuatu sekuriti tetapi memberikan keuntungan yang rendah kepada pemegang sekuriti tersebut.
ranging modemod julat ke julatGeografiTiadaTiada
range-range positioningpenentududukan julat ke julatGeografiTiadaTiada
range-range modemod julat ke julatGeografiTiadaTiada
rho-rho modemod julat ke julatGeografiTiadaTiada
therapeutic rangejulat terapeutikFarmasiFarmakologiJulat paras drug dalam darah yang menghasilkan kesan terapeutik tanpa mengalabatkan kesan toksik. Drug yang mempunyai profil keselamatan yang tinggi biasanya mempunyai julat terapeutik yang luas. Penggunaan drug yang mempunyai julat terapeutik yang kecil memerlukan pemantauan yanglebih,termasuklah pemantauan terapeutik drug(TDM).
therapeutic rangejulat terapeutikPerubatanTiadaJulat paras ubat dalam darah yang menghasilkan kesan terapeutik tanpa mengakibatkan kesan toksik. Ubat yang mempunyai profil keselamatan yang tinggi biasanya mempunyai julat terapeutik yang lebih luas. Penggunaan ubat yang mempunyai julat terapeutik yang kecil memerlukan pemantauan yang lebih, termasuklah pemantauan terapeutik ubat (TDM). Sinonim jendela terapeutik.
12345678910...

Kembali ke atas