Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. hari keenam dlm seminggu, se­lepas hari Khamis; sembahyang ~ sem­bah­yang beramai-ramai (tidak kurang drpd 40 orang) pd waktu zohor di masjid (surau dll) pd hari Jumaat; 2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu; berjumaat bersembahyang Jumaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hari yg keenam (dlm seminggu). 2 perhimpunan orang Islam; kumpulan beramai-ramai: sembayang ~ sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah pd hari Jumaat pd waktu zuhur. 3 minggu; pekan; dua ~ dua minggu. berjumaat 1 berhimpun beramai-ramai. 2 bersembahyang Jumaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jumaat

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Hendak jumpa Nabi Muhammad,
     Hendak menghadap Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(16)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Jumaat, Besok hari Sabtu; Jika nak kenal Nabi Muhammad, Pergilah sembahyang lima waktu.
Kurik Kundi Merah SagaPetang ini petang Jumaat, Anak kuda mandi terjun; Bukan tak tahu kumbang bersengat, Baik jaga bunga di kebun.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kita mengingat, Jangan lupa bunga di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga yang di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaTabuh bunyi hari Jumaat, Itu bernama gendang raya; Bagai nabi kasih umat, Begitu juga kasih saya.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Pasang lilin kepala titi; Tepuk bantal panggil semangat, Semangat datang di dalam mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Pasang dian di pangkal titi; Tepuk bantal panggil semangat, Mahukah kita bersama mati?
12

Kembali ke atas