Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.lah] | جومله

Definisi : 1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai; sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): ke­rajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam; berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit; menjumlah membuat kira-kira campur; menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli se­buah rumah; terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; terjumlahkan terkumpulkan, tercampur­kan; tidak ~ tidak terkira (terhitung); penjumlahan perihal atau perbuatan men­jumlahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.lah] | جومله

Definisi : 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conversion fractionpecahan tukaranKejuruteraanTiadaNisbah jumlah elektron tukaran dalaman terhadap jumlah semua kuantum termasuk jumlah elektron tukaran yang dipancarkan dalam mod tertentu penyahujaan nukleus.
conversion coefficientpekali perubahan GEOG)KejuruteraanTiadaPekali tukaran: Nisbah jumlah elektron tukaran dalaman terhadap jumlah semua kuantum termasuk jumlah elektron tukaran yang dipancarkan dalam mod tertentu penyahujaan nukleus.
net increasetambahan bersihPentadbiran PerniagaanTiadaPeningkatan jumlah amaun perniagaan insurer dalam satu tempoh yang ditetapkan. Amaun ini adalah jumlah polisi baru dan jumlah polisi yang diperbaharu ditolak dengan polisi yang telah lupus, batal dan ditamatkan.
sum insuredjumlah diinsuranskanPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah yang tercatat dalam polisi sebagai jumlah yang akan dibayar apabila berlaku peristiwa yang diinsuranskan bagi polisi berfaedah atau amaun maksimum liabiliti insurer di bawah kontrak indemniti.
stockholders' equityekuiti pemegang sahamPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah aset tolak jumlah liabiliti sesebuah syarikat.
balanced problemmasalah seimbangPentadbiranTiadaKeadaan yang mana jumlah permintaan sama dengan jumlah penawaran.
interpolationpenentudalaman/interpolasiGeografiTiadaProses menambah atau menyisipkan satu jumlah baru ke siri jumlah yang diperolehi.
interpolationpenentudalaman/interpolasiPerubatanTiadaProses menambah atau menyisipkan satu jumlah baru ke siri jumlah yang diperolehi.
interpolatetentu dalam/interpolasiPerubatanTiadaMembuat tambahan kepada satu siri jumlah mengikut pola jumlah yang diperolehi.
dosagedosPerubatanTiada1. Penentuan saiz, kekerapan, dan bilangan dos, jumlah kekerapan dan jumlah dos ubat-ubatan atau sinaran untuk pesakit.
12345678910...

Kembali ke atas