Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.pa.an] | جومڤاءن

Definisi : 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain;perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.pa.an] | جومڤاءن

Definisi : benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jumpaan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jumpaanbenda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jumpaan1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain;perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah;Kamus Dewan Edisi Keempat
jumpaanbenda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu.Kamus Pelajar
kehadiranperihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir.Kamus Dewan Edisi Keempat
memampukanmembolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut;Kamus Dewan Edisi Keempat
masyhadatAr tempat orang berkumpul, per­jumpaan, pertemuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dewan(déwan) 1. balai (ruang) tempat di­adakan sesuatu (spt persidangan, per­jumpaan, forum, ceramah, dll): Tuan Syed Nasir telah memberi ceramah berkenaan dgn Bahasa Kebangsaan di D~ Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar; 2. perbadanan (institusi, lembaga, dll) yg bertanggungjawab (bergiat, berkuasa, dll) dlm sesuatu bidang kegiatan dsb: D~ Rakyat sedang membahaskan anggaran belanjawan; D~ Bahasa dan Pustaka; D~ Bandaraya; D~ Perniagaan; 3. sl mahkamah tinggi; D~ Keadilan majlis tertinggi bkn adat di NS; D~ Keamanan Id a) Majlis Keselamatan BB; b) = D~ Keamanan Nasional dewan yg ditubuhkan oleh kerajaan utk mengawasi (menjaga) keamanan negeri; D~ Menteri Id jemaah menteri, kabinet; D~ Moneter Id lembaga yg berkewajiban menasihati dan mengawasi kewangan negara; D~ Nasional Id majlis yg mewakili masyarakat utk memberi nasihat kpd kerajaan; D~ Negara a) majlis mesyuarat tertinggi yg anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan agong; b) Pr majlis ter­tinggi bkn adat; D~ Negeri majlis mesyuarat negeri; ~ penasihat Id majlis yg memberi nasihat; ~ pengawas(an) Id dewan yg bertugas utk mengawas kerja pengurus perkumpulan (persatuan, dll); ~ perancang Id majlis yg merancang pembangunan negara; D~ Per­wakil­an Rakyat Id a) = D~ Perwakilan Rakyat Pusat Dewan Rakyat; b) = D~ Perwakilan Rakyat Daerah Dewan Undangan Negeri; ~ pimpin­an Id dewan yg memimpin parti (perkumpulan, persatuan, dll); D~ Rakyat majlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya); D~ Undangan Negeri (Per­sekutuan) majlis perwakilan rakyat negeri-negeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
mampu1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jumpa; berjumpa (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar; menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; memperjumpakan mempertemukan; terjumpa menjumpai sesuatu secara ke­betulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil; jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain; perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; penjumpaan perihal atau perbuatan men­jumpai, penemuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
majlis I1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas