Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jum.pa.an] | جومڤاءن

Definisi : 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain;perjumpaan perihal berkumpul atau ber­himpun (dlm mesyuarat, majlis ke­ramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jum.pa.an] | جومڤاءن

Definisi : benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jumpaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
age of discoveryzaman jumpaanSejarahTiadaTempoh masa tertentu dalam kehidupan manusia yang memperlihat kejayaan dengan adanya jumpaan-jumpaan baru khususnya kawasan baru.
surface findjumpaan permukaanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenemuan data arkeologi pada permukaan tanah. Data ini boleh diperoleh melalui kaedah terancang atau tidak sengaja yang dapat menjadi petunjuk dan fungsi sesebuah tapak berdasarkan jumpaan. Suatu ekskavasi percubaan dilakukan untuk membuktikan potensi tapak bagi menentukan kepentingan jumpaan ini. Contohnya, jumpaan manik di Pulau Kelumpang (Perak) dan Kuala Muda (Kedah) membuktikan penemuan ini berkaitan aktiviti perdagangan setelah dilakukan penyelidikan arkeologi.
casual findjumpaan biasaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat jumpaan tak sengaja.
accidental discoverypenemuan tak sengajaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenemuan data arkeologi di permukaan tanah tanpa proses penyelidikan. Penemuan ini biasanya ditemui semasa aktiviti pembangunan dan pertanian. Lihat juga jumpaan tak sengaja, jumpaan permukaan.
casual find (chance find)jumpaan tak sengajaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenemuan artifak, ekofak atau fitur yang tidak dirancang atau tidak sengaja akibat aktiviti pertanian atau projek pembangunan yang tidak ditemui dalam konteks arkeologi. Contohnya, semasa kerja pembinaan terowong stesen LRT di tebing Sungai Gombak (Kuala Lumpur) telah ditemui porselin China, begitu juga dengan penemuan perahu di kawasan tapak pembinaan sebuah sekolah menengah di Sungai Yan (Kedah). Susulannya boleh dilakukan ekskavasi atau ekskavasi penyelamatan. Sinonim jumpaan biasa.
artifactual classificationklasifikasi artifakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiProses mengelaskan artifak yang diperoleh sama ada melalui gali cari, jumpaan tidak sengaja, survei dan simpanan individu. Pengelasan ini melibatkan jenis dan bahagian artifak yang sama. Pengelasan artifak melalui kaedah jumpaan gali cari direkodkan berdasarkan kedalaman dan kedudukannya sementara pengelasan artifak melalui kaedah survei direkodkan berdasarkan jumlah dan jenis. Tujuan pengelasan ini adalah untuk memudahkan analisis corak, teknologi pembuatan, merekonstruksi artifak yang telah pecah dan menentukan zaman penggunaan artifak tersebut.
oil strikejumpaan minyak; penemuan minyakGeografiTiadaTiada
findcari; jumpaanKomputerTiadaTiada
oil strikejumpaan minyak; penemuan minyakGeologiTiadaTiada
luqatahbarang jumpaanPerniagaan IslamTiadaHarta yang ditemui semula setelah hilang. Pihak yang menjumpai barang tersebut wajib memulangkannya kepada yang berhak. Sekiranya pemilik tidak dapat dikesan dalam tempoh setahun, barangan tersebut akan diserahkan kepada Baitulmal. Contoh luqatah ialah komputer riba pejabat atau barang perniagaan.
1234

Kembali ke atas