Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jun.jung] | جونجوڠ

Definisi : kayu, buluh dsb yg menopang tanam-tanaman yg memanjat atau menjalar spt sirih, kacang panjang dsb: ~ sirih; menjunjung 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, me­muliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; ~ sangkak ayam prb Mn mendapat malu; dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu prb hukuman (aturan, perintah) yg sangat berat dan keras; kerja raja dijunjung, kerja kita dikelek prb lebih mementingkan kerja orang lain drpd kerja sendiri; menjunjungkan mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang (utk dibawa); junjungan 1. benda yg dijunjung; 2. orang yg dimuliakan (khusus utk Nabi Muhammad SAW); 3. Mn suami; 4. galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung; berjunjungan bersuami; perjunjungan = ~ duli perihal menjunjung duli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jun.jung] | جونجوڠ

Definisi : ; menjunjung 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. ~ duli a. menyembah raja. b. mengerjakan perintah raja. junjungan 1 sesuatu yg dijunjung: ~ itu sangat berat. 2 orang yg dimuliakan: ~ kita Nabi Muhammad SAW. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jun.jung] | جونجوڠ

Definisi : kayu atau buluh tempat tanam-tanaman (spt kacang, sirih) melilit: spt kaduk naik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junjung
Kata Terbitan : menjunjung, junjungan,

Puisi
 

Sirih kuning naik junjung,
     Mari dikait pisau patah;
Putih kuning turun bertudung,
     Sayang sedikit gigi berasah.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Tuah yang disembah,
     junjung yang dipanjat.

Bermaksud :

Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
junjungjunjungKesenianTiadaBingkai kecil yang dibentuk sebagai kemasan atau penguat bingkai.
sirat junjung(Ked., Br.)sirat junjung(Ked., Br.)KesenianTiadaLilitan pada junjung yang helaiannya digunakan secara teratur untuk mengikat junjung pada bingkai menggunakan pelbagai ikatan seperti ikat sinunsuri, ikat linampas dan sebagainya.
bakul junjungbakul junjungKesenianTiadaBakul angkut yang dibawa dengan menjunjungnya di atas kepala.
lilit tetulanglilit tetulangKesenianTiadaLilitan pada junjung yang helaiannya digunakan secara teratur untuk mengikat junjung pada bingkai menggunakan pelbagai ikatan seperti ikat sinunsuri, ikat linampas dan sebagainya.
akom teriyup Bis.akom teriyup Bis.KesenianTiadaIkatan pengukuh junjung pada bingkai secara dua lilitan pada junjung, satu lilitan pada bingkai dan disimpulkan pada bahagian tengah.
ikat cengkam punaiikat cengkam punaiKesenianTiadaIkatan pengukuh junjung pada bingkai secara dua lilitan pada junjung, satu lilitan pada bingkai dan disimpulkan pada bahagian tengah.
capitaljunjung (tiang)KesenianSeni BinaBahagian paling atas tiang (kepala tiang) dalam seni bina klasik. Bahagian ini sering dianggap sebagai mahkota tiang kerana kebanyakan reka bentuk corak dan hiasan terdapat pada bahagian ini. Contohnya, junjung (tiang) yang terdapat pada tiang aturan Corinth.
capitaljunjungArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiHiasan yang biasanya terdapat pada hujung bahagian atas tiang supaya kelihatan cantik dan menarik. Pembahagian corak pada tiang tersebut dapat dibahagikan mengikut zaman. Contohnya, hiasan pada bahagian junjung tiang monumen pada zaman klasik Greek dikenali dengan ciri Doric, Ionic dan Corinthian. Sinonim tiang.
pangarakat (Sel.)pangarakat (Sel.)KesenianTiada1. Teknik mengecilkan anyam mata punai untuk membentuk leher kurungan. 2. Lilitan pada junjung yang helaiannya digunakan secara teratur untuk mengikat junjung pada bingkai menggunakan pelbagai ikatan seperti ikat sinusuri, ikat linampas dan sebagainya.
trellisjunjungPertanianAgroteknologiStruktur bertiang yang dibina untuk menyokong tanaman bertabiat memanjat atau menjalar seperti kacang panjang, timun, buah naga dan anggur. Penggunaan struktur ini bertujuan supaya tanaman mendapat permukaan yang lebih luas untuk tumbuh dan seterusnya memberi hasil buah yang lebih tinggi berbanding jika ditanam tanpa junjung.
123

Kembali ke atas