Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.rang] | جورڠ

Definisi : 1. lembah yg dalam, lurah; 2. ki = ~ kehidupan kehidupan yg susah, kemelaratan; 3. ki perbezaan yg memisahkan sesuatu dgn sesuatu yg lain: dlm masyarakat lain juga, ~ antara praktik dan ideal selalu wujud; ~ generasi jurang atau perbezaan yg membeza-kan satu generasi dgn generasi yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.rang] | جورڠ

Definisi : 1 lembah yg dalam; lurah. 2 ki perbezaan dlm masyarakat, pendapat dsb: Salah satu tujuan Dasar Ekonomi Baru ialah merapatkan ~ antara golongan miskin dgn golongan kaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurang (kata nama)
1. Bersinonim dengan lembah: lurah, gaung, ngarai,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan jarak, beza.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genome assemblypenggabungjalinan genomBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pembinaan semula jujukan asal genom organisma. Fragmen-fragmen DNA yang terhasil melalui proses pemecahan genom disusun semula untuk menghasilkan kontig-kontig dengan menggunakan perisian komputer. Pertindihan kontig-kontig ini menghasilkan perancah yang mempunyai jurang di antaranya. Seterusnya, jujukan DNA sebenar pada jurang-jurang ini ditentukan menggunakan kaedah pemetaan optikal atau penjujukan DNA.
great trenchjurang besarGeografiTiadaJurang besar dan dalam di dasar lautan.
chasmgaung; jurangSejarahTiada1. Jurang: Satu pengenalan yang mencirikan perbezaan yang menonjol antara dua hal atau perkara.
hole burningjurang laserKejuruteraanTiadaJurang laser: Junaman pada lengkung ganda alur laser gas, akibat pengayunan mod paksi.
limestone gorgejurang batu kapurGeografiTiadaJurang yang terbentuk di kawasan kars akibat robohan bumbung sungai bawah tanah.
air gapjurang udaraFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanJurang atau bahan pengisi setara bukan magnet yang melintangi teras cok, transfomer atau peranti magnet yang lain.
hook sizesaiz kailPerikananTiadaUkuran kail yang dipiawaikan berdasarkan jarak jurang di antara lengan kail dengan mata kail. Ukuran kail dibezakan dengan menggunakan nombor seperti nombor 1, 2, 3 dan sebagainya. Nombor kecil merujuk kepada jurang yang besar. Contohnya, mata kail dengan nombor 24 mempunyai jarak jurang 2 mm, manakala mata kail dengan nombor 2 mempunyai jarak jurang 10 mm.
band gapjurang jalurFizikNanoteknologiPerbezaan tenaga antara jalur valensi teratas dengan jalur konduksi terbawah dalam bahan pepejal. Jurang tenaga menentukan sifat optik dan elektrik sesuatu bahan semikonduktor.
energy gapjurang tenagaNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanJulat tenaga dalam sampel pepejal yang tidak mempunyai electron dan dikenali sebagai jurang jalur.
communication gapjurang komunikasiKomunikasiTiadaHalangan yang wujud dalam proses komunikasi. Halangan ini terbentuk kerana perbezaan latar belakang sosiobudaya, ekonomi dan politik yang menyebabkan timbulnya jurang kefahaman terhadap sesuatu mesej.
12345678910...

Kembali ke atas