Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ri] | جوري

Definisi : 1. sekumpulan orang yg dilantik utk me­mutuskan sesuatu kes (berdasarkan fakta dan keterangan) yg dibicarakan di mahkamah; 2. sekumpulan orang yg tugasnya mengadili sesuatu pertandingan, misalnya pemberian anugerah, utk menentukan pemenangnya: ahli ~; berjuri menggunakan khidmat juri: Jepun tidak mengamalkan perbicaraan ~ dan ha­kim menentukan keputusan bicara serta menjatuhkan hukuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.ri] | جوري

Definisi : sekumpulan orang yg diberi kuasa utk memutuskan sesuatu perkara yg dibicarakan di mahkamah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ayat 1 atau 2 lebih baik? Ada cadangan lain?1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi yang lazim digunakan ialah ayat yang kedua.Tatabahasa10.11.2010
Apakah terjemahan bagi 'jury duty' atau 'jury services' dalam bahasa melayu?Terjemahan yang dicadangkan untuk "jury duty" dan "jury services" ialah tugas juri dan perkhidmatan juri.Istilah26.09.2014
Aduan berhubung Juri dalam program mentor, TV3. Menggunakan bahasa yang bercampur aduk (BM/BI) yang boleh merosakkan bahasa Melayu terutama kepada golongan anak-anak muda. Beliau minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia buat pemantauan.Contoh pencemaran bahasa : "Saya fikir this is not good" - Beliau meminta supaya DBP/Kementerian Komunikasi Multimedia mengambil serius tentang perkara ini.Lain-lain22.12.2014
Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ?Salam sejahtera,

Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato

Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya:

1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak:
      Haziah binti Che Husin, 
Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja
03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my

2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum
Norhasmanalinda binti Mustafa, 
Bahagian
 Pembinaan Bakat dan Kepakaran
03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my
Lain-lain15.06.2020
apakah terjemahan untuk punchline. Banyak digunakan oleh juri bila memberi komen .Terima kasihMengikut Kamus Dewan punch-line ialah bahagian yang melucukan dan mengikut data kami padanan yang diberikan dalam istilah ialah kata pikat.Istilah21.01.2015
Apakah perbezaan Penjurian dan Perjurian dan bagaimanakah contoh pengunaan ayat tersebut.Perkataan penjurian dan perjurian berasal daripada kata menjuri dan berjuri. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata menjuri tidak wujud, kata berjuri pula dirakam dalam Kamus yang bermaksud "menggunakan khidmat juri". Walau bagaimanapun, kata menjuri atau penjurian boleh dicipta dan membawa maksud proses pemberiaan markah atau keputusan dalam sesuatu perkara. Kata perjurian pula, berdasarkan kata berjuri. Perjurian membawa makna perkara yang berkaitan khidmat juri.Makna04.10.2019
Salam Sejahtera. 1. Apakah terjemahan untuk "lay juror" dalam Bahasa Melayu? 2. Apakah perbezaan antara "kedua-dua negara" dan "kedua negara"? Adakah penggunaan istilah "kedua negara" ini salah? Terima kasih.1. Kami mencadangkan lay juror ialah juri awam. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian.

2. Perkataan kedua-dua negara tepat kerana mengikut hukum D (diterangkan) - M (menerangkan) dan kedua-dua di sini membawa maksud bilangan seramai atau sejumlah dua.

Kedua negara tidak tepat kerana tidak mengikut hukum D - M. Kedua membawa maksud dalam bilangan, urutan atau kedudukan selepas yang pertama dan sebelum yang ketiga, oleh itu contoh pembentukan yang betul ialah, negara kedua, tempat kedua, dan tahap kedua.
Penyemakan dan penterjemahan13.09.2021
Roselina Abdul Aziz Feb 7th, 10:58pm Assalamualaikum w.b.t... Saya terima maklumat ini berkaitan terma Tengahari, iaitu dr pukul 12.00-1.59 pm. dr whassap. Persoalan saya, maklumat ini sahih atau tidak? Saya sebagai guru Bahasa Inggeris keliru kerana sistem masa ini tidak bertepatan dengan istilah Noon yg merujuk tepat2 pukul 12. Saya mohon penjelasan kerana saya perlu perjelaskan pada pelajar2 saya sistem masa yang digunapakai, terkini di Malaysia. Makluman dan tindakan untuk semua Sistem pemenggalan waktu - Kategori Waktu (Sumber DBP) Sila gunakan..... Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Diharap semua warga Sek yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini. 'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa' Terima kasih. ABDUL RAHMAN JURI Munsyi DBPWaalaikumusalam.. Puan, maklumat yang disampaikan itu benar.Ejaan07.02.2015
Assalamualaikum. Saya Ami Farhani, ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Peraduan Gambar dan Kata. Merujuk gambar yang saya lampirkan, terdapat dua nama MOHD BAKRI BIN TALIB sebagai pemenang. Berdasarkan syarat peraduan http://www.mfa.org.my/newmfa/peraduan-gambar-dan-kata/ :- "5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang." Ketiga-tiga penyertaan Mohd Bakri bin Talib pula jelas tidak mematuhi syarat peraduan. Dua daripadanya tidak memaparkan individu/model. Satu daripadanya pula menggunakan suntingan digital. (3. Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.) Pautan penyertaan beliau: https://www.instagram.com/p/CUc4jJqJznc/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDgTV9pJlf/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDh_R7p0Rt/?utm_medium=copy_link Bagaimana beliau boleh dipilih sebagai pemenang? Penjurian oleh penganjur tidak cermat. Setiap peserta pastinya melakukan yang terbaik untuk mematuhi syarat peraduan. Jika pemenang dipilih daripada peserta yang tidak mematuhi syarat asas sebegini, bagaimana orang ramai hendak mempercayai ketelusan peraduan atas talian seperti ini? Justeru saya memohon DBP sebagai salah seorang penganjur mengambil berat tentang aduan saya ini. Terima kasih.

Maklum Balas Aduan keputusan Peraduan Gambar dan Kata

Aduan I:

Terdapat dua nama MOHD BAKRI BIN TALIB sebagai pemenang. Berdasarkan syarat peraduan http://www.mfa.org.my/newmfa/peraduan-gambar-dan-kata/ :- "5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang.

Maklum Balas:

Nama Encik Mohd. Bakri bin Talib hanya sekali sahaja dipilih sebagai pemenang iaitu, pemenang tempat ketiga.

Aduan II:

Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.) Pautan penyertaan beliau: https://www.instagram.com/p/CUc4jJqJznc/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDgTV9pJlf/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDh_R7p0Rt/?utm_medium=copy_link

Bagaimana beliau boleh dipilih sebagai pemenang?

Maklum Balas:

Konsep kolaj serta teknik adalah kreativiti peserta yang menyertai pertandingan dan gambar tiada unsur suntingan digital. Pihak Juri memutuskan bahawa gambar tersebut merupakan gambar asli yang dibuat dalam konsep kolaj.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.12.2021

Kembali ke atas